Skip to main content

Posts

CATATAN AVILLION PORT DICKSON

Kita mulakan hari dengan brunch di Warung BamBam, Kampung Chedang, Seremban. Masa nie, awal-awal baru buka, so, belum famous lagi. Aiyoo lamanya dah x pergi sini, teringat -ingat nasi lemak burung puyuh. With Fuzaimi, owner of Warung BamBam After brunch, terus gerak ke Avillion Port Dickson. Stay one night pun sebab kawan belanja. Stress katanya sebab kerja. Dia pilih bilik Water Chalet. Semuanya okay except apa yang tak best kat sini, parking di seberang jalan dan jalan pun agak sibuk. Yang keduanya, Water Chalet tu sangatlah jauh untuk berjalan, tak sesuai sangat untuk warga emas atau orang yang menggunakan kerusi roda. Lain-lain aspek memang awesome ! Pada petangnya, kami makan di restoran yang berdekatan. Jalan kaki pun boleh. Malam kami berenang di kolam. Yang nie memang best, sebab kami bertiga sahaja yang conquer kolam tu. Orang tak mandi malam ke? Gambar memang tak adalah, tak jadi semua gambar...huuu.Esoknya bersarapan di hotel dan kat sini ...

Mendaki Bersama Saadiqians

Bukannya senang nak ajak staf-staf Saadiq pergi hiking. Dah dapat berapa kerat nie pun alhamdulillah sudah. Bukit yang paling dekat, rendah dan mudah untuk semua orang, Bukit Gasinglah. Ramainya first time yang datang kat sini dan juga ramai yang dah jarang sekali pergi ke hiking. Slow2 sudah yang penting kita bersenam dan enjoy. Alhamdulillah berjaya juga semua sampai kat atas walaupun berkali-kali berhentilah juga. Tak sahkan kalau lepas pergi hiking x pekena nasi lemak dekat Bangsar. Yang penting Bilal belanja. Yieehaa..

CATATAN PULAU BESAR, MERSING

Caca membawa kami ke sebuah restoran western di area Johor Bahru. Makanan sedap dan portionnya agak banyak. Nama restoran memanglah tak ingat dah tapi Caca kata, restoran ini antara yang terbaik di sini. Untuk pengetahuan, destinasi percutian kami kali ini ke Pulau Besar, Mersing. Jadi, saya dan Iman menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Kami akan bermalam di rumah Caca sebelum bertolak ke Jeti Mersing. Setelah 2 hingga 3 jam perjalanan menaiki kereta ke Jeti Mersing, kami mengisi perut di area Jeti Mersing sambal berjalan - jalan di Kompleks Jeti Mersing. Setelah itu, semua yang menginap di Aseania Resort dikehendaki berkumpul di pejabat mereka sebelum bertolak ke Pulau Besar. Kalau tidak silap, perjalanan ke Pulau Besar dari Jeti Mersing hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja dengan menaiki bot. Inilah rupa bot kami... Urusan check in selesai sahaja di resort, kami menyewa basikal untuk mengelilingi...