Sudah lama staycation kami di Felda Residence Hot Spring, Sungkai Perak. Kebiasaannya kami akan menginap di vila yang mempunyai tiga (3) bilik. Vila ini mempunyai kolam air panas / atau jakuzi di tengah - tengah dan dikelilingi dengan bilik tidur, ruang tamu dan juga dapur. Untuk bahagian dapur, sangat bolehlah kalau kita hendak memasak yang simple - simple sahaja.
Yang paling seronok, budak - budak keciklah sebab boleh main air atau mandi kolam sepanjang waktu dan air pun hangat sahaja. Jadi, kalau mandi malam - malam tidaklah sejuk sangat. Selain itu, pihak hotel juga ada sediakan kemudahan taman tema air dan boleh dimasuk oleh pengunjung luar dan dikenakan bayaran. Bagi pengunjung Felda Residence, bayaran ke taman tema air tidak dikenakan.
Dah x menyabar nak celup - celup kaki.. |
- Happiness Is Taking A Long Warm Bath -
Comments
Post a Comment