Mula rasa sakit lower back dan kaki sebelah kiri ketika kandungan mencecah usia 7 bulan dan ada ketikanya sakit sampai tidak boleh berjalan iaitu berjalan dengan menggunakan tongkat. Selepas baring 2 atau 3 jam dan tuam air panas ditempat sakit, barulah rasa sakit hilang dan kembali berjalan seperti biasa.
Saya pergi ke klinik biasa ketika sakit dan doktor kata kemungkinan sakit disebakan pembawakan budak dan perut sudah besar. Disebabkan mengandung, doktor tidak boleh memberi sebarang ubat melainkan paracetamol dan MC untuk 1 hari.
Ketika itu hanya terfikir sakit disebabkan saya tiap - tiap hari akan berulang - alik jalan kaki dari MRT Muzium Negara sampai ke Stesen Komuter, KL Sentral, vice versa. Siapa yang pernah melalui jalan itu tahulah berapa jauh nak menapak.
Rasa sakit masih ada sampailah sudah melahirkan anak dan anak sudah mencecah umur 7 bulan, rasa sakit itu muncul balik dan tidak boleh berjalan seketika. Anak sudah mula berat pada umur 7 bulan dan sebagai seorang ibu, kita memang akan selalu mendukung anak.
Kali ini, doktor di klinik menasihatkan untuk buat pemeriksaan lanjut di hospital. Saya memilih pemeriksaan lanjut di sebuah hospital swasta di mana MRI Scan dan X-Ray dibuat untuk mengesan sama ada saya menghidap penyakit slip disc. Alhamdulillah, doktor kata saya tidak menghidap slip disc dan semua tulang saya okay dan doktor kata kemungkinan saya menghidapi piriformis syndrome, iaitu sakit otot. Setelah beberapa kali menjalankan fisioterapi, sakit sudah muala berkurang dan beransur hilang.
Tetapi, selepas 3 hingga 5 bulan, sakit itu kembali menyerang dan makin kerap dan pernahlah sampai tidak boleh berjalan. Nasib baik masa itu tengah work from home. Doktor di klinik menasihatkan saya untuk mendapatkan pandangan kedua dari hospital lain dan cadangnya hendak pergi pada 23/8, tetapi Allah sudah takdirkan untuk saya dan anak dijangkiti virus Covid 19 dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur.
Pada bulan 10 barulah saya pergi ke hospital kedua dan menjalani MRI Scan sekali lagi dan mendapati saya ada 6 sendi bengkak iaitu L2-L5. Doktor kata hanya ada 2 cara rawatan iaitu fisioterapi ataupun radiofrequency ablation ("rfa"). Jika saya buat fisioterapi, sakit itu akan datang juga sekali-sekala dan tidak berapa efektif. Jika buat rfa, saya akan pain free within 6 months or 1 year ataupun lebih lagi bergantung kepada aktiviti yang dibuat oleh pesakit selepas menjalani rfa. Sebab utama lower back pain nie kerana angkat berat, pernah jatuh dan duduk dalam postur yang tidak betul. Akhirnya saya bersetuju membuat rfa setelah membaca pengalaman orang lain, search something in the google, etc.
Pengalaman kali pertama masuk operation theatre dengan ditidurkan dan dibiuskan seluruh badan. Prosedur lebih kurang 1 jam dan rasa numb little bit dekat tempat yang kena cucuk. After prosedur, adalah rasa sakit sikit and doktor menasihatkan saya untuk tidak banyak bergerak dan berehat selama 2 minggu untuk fully recover. Sepanjang 2 minggu ini juga saya dikehendaki membuat fisioterapi selama beberapa kali. Harapnya, dengan membuat rfa ini, saya dapat jalani hidup pain free dan disembuhkan Allah.
Ada beberapa perkara yang saya nak nasihatkan kepada pembaca:-
1. Sila buat pemeriksaan kesihatan. Jika rasa sakit, cepat-cepat dapatkan khidmat nasihat doktor;
2. Tanya pada yang pakar. Jika sakit kaki, pergilah jumpa doktor, xkan jumpa mekanik;
3. Melabur untuk beli kerusi ergonomik;
4. Mengekalkan berat badan ideal/ healthy lifetsyle;
5. Pentingnya perlindungan takaful. Kos rawatan saya mencecah RM 18,000 dan kalau hendak tunggu hospital kerajaan terpaksalah tahan sakit itu lama sikit; dan
6. Jangan makan produk sampah atau suplemen melainkan atas nasihat doktor yang merawat anda.
- Back Pain Is Youth Leaving The Body -
Comments
Post a Comment