Skip to main content

Posts

Masjid Tanah dan Sungai Petani Bersatu

Pertama sekali ingin mengucapkan tahniah kepada sepupuku, Abdul Hakim dan Ain di atas perkahwinan mereka.  Saya bagi ucapan standard, "semoga bahagia hingga ke syurga".  Bila menyebut tentang perkahwinan, banyak perkara yang akan muncul dalam fikiran, yang paling berat sekali ialah tanggungjawab seorang suami terhadap isteri.  For me, marriage is a relationship between two families where in this case, it ties Masjid Tanah and Sungai Petani. Disebabkan perkahwinan, dengan sekelip mata kami sudah ada saudara di Sungai Petani.  Rombongan Cik Kiah berlepas dari Melaka ke Sungai Petani, tiba di pertengahan jalan, mereka tersadai kat tepi lebuhraya kerana bas rosak.  Hurrmm, Alhamdulillah semua selamat sampai tepat pada waktu untuk melihat mereka bernikah. Nasib baik saya bukan sebahagian daripada rombongan Cik Kiah, jadi, sempat berjalan dan makan seafood di Tanjung Dawai.  Terdapat banyak restoran tetapi saya tak tahu yang mana yang paling sedap. Say...

CATATAN BEIJING

HARI PERTAMA Kali ini kami mengikut destinasi pilihan mak iaitu Beijing. Emak teringin sangat nak pergi ke Tembok Besar China, takpelah layankan jer. Benda yang paling saya tak suka kalau pergi ke KLIA 2 nie ialah gate dia terlampau jauh kadang-kadang, susah kot orang - orang tua nak berjalan ke sana walaupun ada perkhidmatan kerusi roda. Macam biasa untuk saya kalau pergi tempat yang baru mesti akan duduk di tepi tingkap untuk menikmati pemandangan bentuk muka Beijing tapi malangnya kami memang sampai di Beijing pada pukul 1.12 am dengan suhu 16c, lampu - lampu jer yang kelihatan. Disambut oleh Tour Guide bernama Mr. Dear dan seorang pemandu yang sangat cool iaitu Mr. Xiang. Perjalanan dari lapangan terbang ke Tian Shun Hotel mengambil masa selama 30 minit. Untuk pengetahuan, hotel ini bertaraf empat bintang standard tempatan bukannya antarabangsa. Mengikut Mr. Dear, Beijing mempunyai 18 districts dan populasi penduduk di Beijing sahaja sebanyak 26 juta iaitu bersamaan d...