Untuk hari ketiga, kami banyak menghabiskan masa ke Pulau Nami kerana jarak dari Seoul ke Pulau Nami yang agak jauh. Rasanya ramai yang sudah tahu kot tentang Pulau Nami ini dan ia menjadi terkenal gara - gara drama Korea, Winter Sonata. Bagi saya Pulau Nami ini adalah suatu tempat rekreasi yang cantik dan lengkap dengan fasiliti. Dua jam pun sudah cukup kalau nak round satu pulau melainkan kalau korang jenis setiap sudut pun memang nak bergambar.
Jangan lupa cuba nasi goncang yang rasanya macam makan nasi dengan sambal sardin dan juga kuih pau yang panas. Pau ke namanya??? Kat Pulau Nami tak ada bunga - bunga, jadi, janganlah berangan sangat nak jumpa sakura ke atau bunga - bunga yang sewaktu dengannya.
Ketika dalam perjalanan, kebanyakan kami ini ramai yang berdiri kerana memberi peluang kepada orang - orang tua di Korea untuk duduk. Adalah ahjumma - ahjumma yang menawarkan diri nak pegangkan beglah sepanjang perjalanan dan mereka juga dengan baik hati memberikan kami gula - gula. Orang sudah bagi itu, ambil jelah, rezeki jangan ditolak. Soalan - soalan yang sering ditanya mereka ialah kenapa kita bertudung, tak panas ke??
|
Tengah beratur nak naik feri... |
|
Boleh pula dia menggatal bersandar dekat tempat orang lain.. |
|
Duduk kat depan sekali atas feri nie.. |
|
Gaya apalah tu.. |
|
Orang ketiga... |
|
Deretan pokok yang famous dalam Winter Sonata.. |
|
Atas landasan pun boleh.. |
|
Buat vandalisme.. |
|
Comeynya tupai.. |
|
Pakai sarung tangan sebab panas... |
Selepas makan nasi goncang di Pulau Nami, kami singgah shopping di Myeong-dong. Sedang jalan - jalan cuci mata, ternampak pula stokin kartun Bigbang, saya sambarlah sepasang kartun Daesung. Dah balik Malaysia baru menyesal kenapa tidak sambar kelima - lima ahli Bigbang. Sambil menunggu kawan - kawan yang lain, kami melepak di tepi kaki lima kedai sambil mencuci mata. Bukan tengok lelaki yup tapi tengok kaki orang - orang perempuan Korea yang kurus melidi dan flawless. Jeles wooo... Kami juga sempat makan topokki di Sindangdong Topokki Street. Memang sedaplah topokki tu!!
Comments
Post a Comment