Dalam drama - drama Korea, kebiasaannya di bumbung - bumbung rumah mereka ada ruangan terbuka untuk taman atau tempat menyidai baju. Di guesthouse kami pun ada ruangan terbuka yang boleh kita lepak tapi malangnya, temboknya sangat tinggi dan kami terpaksa menjingkit sedikit untuk melihat kawasan sekitarnya. Pada hari ini, kami akan pergi ke Namsan Tower dan beberapa tempat shopping yang menarik. Kami menaiki bas untuk ke Namsan Tower dan kita hanya boleh menggunakan T-Money ala - ala Touch N Go kat Malaysia.
|
Gigih menjingkit... |
|
Apa - apa jelah perangai sementara nak tunggu bas.. |
Pelik pun ada, dalam bas pun semangat nak ambil gambar. Padahal, bas di Korea pun lebih kurang macam RapidKL. Apa yang menarik di Namsan Tower ialah kita dapat menikmati pemandangan di Seoul dan disepanjang rel - rel besi disana, setiap pasangan meletakkan mangga menandakan mereka mengunci cinta masing - masing. Pathetic! Malaysia pun sudah ada budaya - budaya macam ini seperti di Langkawi dan tempat yang lain - lain.
|
Bunga tulip merah.. |
|
Apa peluk - peluk nie.. |
|
Lapar punya pasal, pop corn pun dibedal.. |
|
Ku kunci cintaku...auuwww |
Selepas Namsan Tower, kami makan di area Dongdaemun dan jika ditanya apa nama kedai, memanglah saya tak ingat kerana masa ni memang malas sangat nak tulis notes. Yang penting selepas makan, kami shopping di area Dongdaemun dan Namdaemun. Disebabkan saya tidak suka bershopping, jadi saya banyak menghabiskan masa melepak. Saya hanya membeli penanda buku dan kerongsang sahaja disini. Sebelum balik keesokannya, sempat lagi malam tu kami berjalan - jalan di Hongdae mengahabiskan duit Korea yang banyak.
p/s: Saya adalah pencinta alam, jadi, saya sangat tidak berminat kalau kawan - kawan ajak berjalan ke bandar - bandar besar, tetapi, bagi saya, dalam setiap perjalanan tidak kiralah ke mana kita pergi, mesti ada benda baru yang kita akan pelajari dan lalui.
- Apabila Dalam Kemalasan, Penulisan Pun Akan Menjadi Buruk -
Comments
Post a Comment