Masa zaman universiti dulu, aku dan kawan - kawan memang suka hendak mencuba perkara - perkara baru. Jadi, kami membuat keputusan untuk mencuba luncur ais di Sunway Pyramid disebabkan terinspirasi daripada cerita "Pride" lakonan Takuya Kimura dan Yuko Takeuchi. Dengan harapan kalau jadi "Aki Murase" mana tahu terjumpa "Haru Satonaka" di sini.
Kami siap beli sarung tangan takut - takut sejuk padahal mainnya pun tidaklah pandai sangat. Kalau tanya harga msuk bermain luncur ais memang sudah tak ingatlah, rasanya harga sekarang mungkin lagi mahallah kot.
Asyik - asyik jatuh tapi ia adalah perkara yang normal untuk orang yang pertama kali. Apa yang pasti, siapa yang pandai atau pernah bermain "roller blade" akan berasa senang disebabkan ia memerlukan kemahiran yang sama iaitu pandai mengimbangkan badan. Alhamdulillah, emak dengan ayah dulu pernah belikan "roller blade".
|
Terbaiklah Kak Nad, siap pakai jubah labuh lagi.. |
|
Yang nie pandai posing jer, mainnya ke laut... |
|
Posing sebelum main ke.. |
|
Acah - acah sejuk sangat.. |
|
Tiga orang yang main pegang - pegng dinding... |
- THE FIRST THING YOU DO A THING IS ALWAYS EXCITING -
Comments
Post a Comment