Pada pagi ini, semua berasa berat untuk pulang ke Semenanjung. Jalan pun sudah terasa longlai dan kalaulah boleh, mahu tambah sebulan lagi duduk di Pulau Mabul. Disebabkan hari ini, angin agak kuat, jadi, perjalanan bot kami ditangguhkan. Kami bersantai di ruang makan Mabul Backpackers sementara menunggu bot tiba.
With Tahir, our diving master... |
Kebiasaanya di Pulau Mabul, ada orang - orang bajau laut yang akan datang di setiap chalet untuk menjual tangkapan mereka seperti ketam, mantis dan lain - lain lagi. Mereka akan datang pada waktu tengahari atau petang. Harganya agak berpatutan dan kita boleh meminta pihak dapur Mabul Backpackers untuk tolong masakkan.
Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang.. |
Sewaktu dalam perjalanan pulang ke Jeti Semporna, hujan sangat lebat di tengah laut. Ia menyebabkan terjadinya ombak yang sangat besar dan Alhamdulillah abang bot sangat cekap mengendalikan bot. Kami di dalam bot seramai 6 orang hanya mengucap panjang dan berdoa supaya tiada perkara yang buruk berlaku. Pakaian dan bag pun sudah basah kuyup menyebabkan kami terpaksa membeli seluar dan baju baru di Jeti Semporna untuk dipakai. Hasilnya seperti gambar dibawah, sangat cun!
Aaahh mangsa fesyen.. |
"I Don't Dress Up For Anyone But Me"
Comments
Post a Comment