Pagi - pagi lagi kami sudah semangat untuk memulakan aktiviti tapi apa - apa hal pun kenalah ambil sarapan dulu. Benda yang paling menarik ialah kami sarapan sambil ditemani angin yang sepoi - sepoi bahasa. Disebabkan keadaan angin yng agak kuat, aktiviti snorkeling kami ditangguhkan pada pukul 9.30 pagi. Seharusnya pada hari ini kami akan pergi snorkeling ke 5 tempat di sekitar Pulau Mabul. Jadi, sambil menunggu angin reda, kami berswafoto dulu bagi menghilangkan bosan. Nampak sangat muka x mandi pagi.. Sweetnya Wardah.. Resort yang panjang tu adalah Billabong Resort Tengah merenung masa depan.. Disebabkan kami tiada Go Pro dan kamera yang seumpama dengannya, jadi, segala kenangan - kenangan yang di dalam air memang hanya terpahat di dalam hati dan kepala sahaja. Tiada kata yang layak diucap selain menyebut Subhanallah sahaja apabila melihat keindahan hidupan di dalam laut....