Pagi - pagi lagi kami sudah semangat untuk memulakan aktiviti tapi apa - apa hal pun kenalah ambil sarapan dulu. Benda yang paling menarik ialah kami sarapan sambil ditemani angin yang sepoi - sepoi bahasa.
Disebabkan keadaan angin yng agak kuat, aktiviti snorkeling kami ditangguhkan pada pukul 9.30 pagi. Seharusnya pada hari ini kami akan pergi snorkeling ke 5 tempat di sekitar Pulau Mabul. Jadi, sambil menunggu angin reda, kami berswafoto dulu bagi menghilangkan bosan.
|
Nampak sangat muka x mandi pagi.. |
|
Sweetnya Wardah.. |
|
Resort yang panjang tu adalah Billabong Resort |
|
Tengah merenung masa depan.. |
Disebabkan kami tiada Go Pro dan kamera yang seumpama dengannya, jadi, segala kenangan - kenangan yang di dalam air memang hanya terpahat di dalam hati dan kepala sahaja. Tiada kata yang layak diucap selain menyebut Subhanallah sahaja apabila melihat keindahan hidupan di dalam laut. Dalam pada waktu itu memang terfikir, agaknya lagi cantik kalau dapat melihat dengan cara menyelam.
|
Mabul Bungalow |
|
Antara chalet atau resort yang berada di Pulau Mabul... |
|
Air surut.. |
|
Chocolate Chip Starfish |
|
Ikan kecik -kecik |
Selepas dua kali snorkeling, kami pun kembali kembali semula ke Mabul Backpackers untuk berehat sebentar. Ketika itu, Tahir mencadangkan kepada kami untuk mencuba "Discovery Scuba Diving". Pada mulanya saya agak risau sebab kami ini tidak mempunyai pengalaman langsung untuk menyelam malahan berenang pun ala kadar sahaja. Setelah diyakinkan bahawa aktiviti ini selamat, kami, kami pun bersetuju dan Tahir mula menerangkan kepada kami tentang peralatan menyelam serta bahasa isyarat yang agak mudah untuk berkomunikasi di dalam air nanti. Kami ingin menyewa kamera Go Pro pihak Mabul Backpackers malangnya ia rosak. Hurmm, tak apalah bukan rezeki untuk mengabadikan pengalaman pertama menyelam di dalam laut. Tahir cakap pengalaman itu yang penting dalam hidup. Waktu itu saya memang sudah tidak teragak - agak lagi untuk buat "rollover from the boat".
Semakin ke dalam laut, semakin sakit telinga. Ketika inilah ilmu teori yang diajar oleh Tahir diguna pakai seperti "equalizer" dan teknik "breathing". Saya dibawa oleh Tahir dan Afiqah dibawa oleh Ethan. Bila berada didalam laut, saya merasakan masuk ke dunia yang lain dan melihat sendiri hidupan laut ciptaan Allah dengan lebih jelas sekali. Ketika ini baru terasa bahawa kita hanya makhluk yang kecil sahaja di mana Allah boleh menghidupkan dan mematikan kita pada bila - bila masa. Manusia ini hanyalah insan yang kerdil dan bukanlah sesiapa pun di atas muka bumi ini.
|
Tengah tunggu Tahir bagi teori.. |
Sewaktu dalam perjalanan pulang ke Mabul Backpackers, kami hanya mendiamkan diri sambil melihat laut. Ketika itu, saya masih lagi berfikir tanda tidak percaya yang saya mampu dan berani untuk menyelam sedalam 11.3 meter. Satu jam lebih menyelam bagaikan rasa 15 minit sahaja di dalam air. Mungkin terlalu takjub, Subhanallah!. Kalaulah...kalaulah ada kamera...Malam itu kami didendangkan dengan nyanyian dari staf - staf Mabul Backpackers, sebaik suara diaorang ni bolehlah tahan sedap.
Quote: "The Courage To Try Something New Makes Me Proud"
Comments
Post a Comment