"Sesungguhnya Sedekah Kepada Orang Miskin Pahalanya Satu Sedekah, Sedangkan Sedekah Kepada Kerabat Pahalanya Dua; Pahala Sedekah Dan Pahala Silaturrahim"
Post ini bukan bertujuan untuk mengaibkan atau merendahkan mana-mana pihak atau membangga diri adalah jauh sama sekali. TCDTM berharap pelawat yang terjumpa blog ini dapat menghulurkan bantuan sama ada kewangan, tenaga dan sebagainya kepada komuniti disini yang boleh dikategorikan sebagai miskin bandar.
Kali ini TCDTM ingin berkongsi pengalaman melakukan Projek Tanggungjawab Sosial Korporat ke Kafa Integrasi Al-Insaniah, Lembah Subang yang terletak di kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin). Sudah tiga kali organisasi TCDTM melakukan projek ini iaitu yang pertama ketika bulan Ramadhan dimana kami telah mengumpulkan dana untuk memberi bubur lambuk dan kurma kepada pelajar sekolah KAFA dan yang kedua ialah memberi barang dapur seperti beras, minyak, susu, gula dan sebagainya kepada penduduk PPRT.
Projek ini mendapat kerjasama daripada guru-guru sekolah KAFA ini menyenaraikan nama-nama penduduk yang layak mendapat bantuan barangan dapur. Selain itu, kami juga mendapat bantuan dari sudut kewangan dari pelbagai pihak terutamanya dari orang perseorangan.
Big Boss |
Sungguh daif dan sedih melihat sekolah KAFA ini. TCDTM juga dulu bersekolah KAFA di Shah Alam tapi keadaan sekolah KAFA TDCTM jauh dua kali ganda lebih baik dari sekolah ini. Datang dan tengoklah keadaan disini !!!
Sangat menyentuh hati TCDTM ialah sewaktu pemberian barang makanan apabila penerima ini berulang-ulang kali mengucapkan terima kasih sambil berjujuran air mata. TCDTM tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui ada di antara penerima-penerima ini sudah lama tidak dapat membeli barang dapur kerana ketiadaan wang. Bagi mereka barang kami yang tidak seberapa ini sudah cukup mewah, alahai Ya Allah! Malu kami.
Begitu juga ketika pemberian bubur lambuk di bulan Ramadhan, rata-ratanya pelajar disini mempunyai adik-beradik yang ramai seperti 14 orang dan ada juga yang hanya berbuka dengan bubur lambuk yang diberi oleh kami. Termenung TCDTM sejenak mengenangkan TCDTM ini sudahlah cukup makan malah membazir pula.
AJK-AJK |
Projek ketiga pula ialah "Back to School" yang mendapat sumbanagn yang banyak dari seorang hamba Allah yang cukup humble dan simple, hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kamu. Kami telah membeli sepasang persalinan baju sekolah, kasut sekolah, beg dan alatan tulis.
Pada pagi itu kami telah menyediakan sarapan kepada penerima-penerima bantuan dan juga menyediakan slot motivasi tentang kesihatan diri, wanita dan keluarga. Tujuan menyelitkan slot kesihatan ini untuk memeberi kesedaran kepada komuniti disini tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan.
Hati TCDTM sungguh senang sekali apabila adik-adik ini ceria mendapat kelengkapan sekolah yang baru. Mesti mereka bersemangat apabila masuk ke sekolah nanti. TCDTM mendoakan semua adik-adik ini berjaya di dunia dan di akhirat.
Kepada yang membaca blog ini silalah menghulurkan bantuan kepada komuniti disini terutama dengan keadaan ekonomi yang meruncing ini. Kalau kita terasa bebannya apatah lagi bagi mereka yang tidak berkemampuan.
p/s: Kepada TCDTM, jangan berboros ketika berbelanja, belanja kepada perkara yang bermanfaat sahaja dan perbanyakkanlah sedekah.
Comments
Post a Comment