Ayam
Den Lapeh
Luruihlah
jalan payakumbuah
Babelok
jalan kayu jati
Dima
ati indak karusuah
Ayam
den lapeh ai ai
Ayam
den lapeh
Mendaki
jalan padangsikek
Basimpang
jalan ka biaro
Di
ma ati indak kamaupek
Awak
takicuah ai ai
Ayam
den lapeh
Sikucapang
sikucapeh
Saikua
tabang saikua lapeh
Tabanglah
juo nan karimbo
Oilah
malang juo
Pagaruyuang
batusangka
Tampek
bajalan urang baso
Duduak
tamanuang tiok sabanta
Oi
takana juo ai ai
Ayam
den lapeh
Sebenarnya
trip ke Bukit Tinggi ini tiada dalam kamus hidup TCDTM tapi disebabkan atas
ajakan kawan-kawan TCDTM pun ikut sekali. Sememangnya TCDTM tidak menyesal
pergi ke sini malah berasa sangat takjub dengan bumi Bukit Tinggi yang subur.
Subhanallah!!
Dengan
menaiki pesawat Air Asia, AK 0405, pada pukul 1.55 petang TCDTM dan beberapa
orang rakan menjejaki bumi Indonesia ini. Sudah menjadi kebiasaan TCDTM untuk
memilih tempat duduk sebelah tingkap untuk menikmati pemandangan muka bumi
sesuatu tempat ketika mendarat.
Muka-muka x menyabor |
Sibuk masing-masing ngan hp |
Sewaktu
kapal terbang mula hendak mendarat, TCDTM terlihat gugusan pulau kecil. Kami
mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau yang terletak di daerah
Padang dimana secara geografinya Padang terletak di pesisir barat pulau
Sumatera. TCDTM ada mengambil beberapa keping gambar dengan hp cap ayam TCDTM,
maka, ia tidak berapa jelas.
Gugusan pulau |
Di
sana kami disambut oleh pemandu pelancong kami iaitu Pak Agung yang sangat
baik. Apa yang buat TCDTM terpesona ialah seni bina lapangan terbang yang
berbentuk Minangkabau. TCDTM terfikir Malaysia jarang mengekalkan ciri-ciri
tradisional yang ada kerana Malaysia lebih memfokus kepada reka bentuk yang
moden. Oh, Malaysiaku!
Di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau |
Perut
sudah mencucuk-cucuk rasa sakit terasa lapar, jadi, Pak Agung membawa kami
makan di rumah makan Lamun Ombak. Sepanjang perjalanan ke rumah makan, kami
terlihat orang banyak penjaja sengkuang. Kami dihidangkan dengan teo o panas
dimana air teh ini percuma sahaja di sini.
Kalau
datang di Bukit Tinggi-Padang pastikan setiap kali makan order jus buah
disebabkan di sini jus buah sangat murah dan asli. Sangat sedap! Kami memesan 3
jus avokado dan 1 jus tembikai yang harga untuk semua sekali ialah 52,000
rupiah.
Huh, lahapnyer!! |
Perghh, jus avokado! |
Makanan
di sini sangat menepati citarasa orang Malaysia berbanding sewaktu TCDTM pergi
ke Medan, ialah masakan minang. Malaysia pun ada orang Minang terutama di
Negeri Sembilan.
Lepas
kenyang, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi dimana TCDTM difahamkan
sumber ekonomi utama masyarakat Padang ialah perikanan dan perladangan kelapa.
Terdapat juga landasan keretapi dari Padang ke Pantai Pariaman. Sayangnya,
TCDTM tiada gambar yang boleh dikongsi tetapi sepanjang perjalanan ini kami
disajikan dengan pemandangan hijau yang cantik.
Padi bukit |
Sayur tanam kat sebelah rumah jer.. |
Kerana
hampir 100% orang disini beragama Muslim, kami terlihat papan tanda 99 nama
Allah sepanjang perjalanan. Di Malaysia tiada papan tanda sebegini walaupun di
katakan negara Islam, yang ada hanyalah papan tanda iklan.
Destinasi
kami yang pertama ialah beberapa butik di Bukit Tinggi seperti Lindung Bulan
dan lain-lain yang namanya TCDTM tak ingat. Kami juga menumpang solat di surau
mereka. Sejuk tak ingat airnya bila mengambil wudhuk.
Secara
jujurnya butik harga butik di sini mahal sedikit dan tidak banyak pilihan
daripada Pasar Gadang, jadi, lebih baik simpan duit membeli-belah di Pasar
Gadang.
Rambang mata, banyak kain sulam.. |
Sebelum
kami check in di Hotel Gran Malindo, kami makan malam dulu di Ayam Penyet Wong
Semarang. Kalau sudah namanya ayam penyet, mestilah keistimewaan restoran ini
adalah ayam penyet. Rasanya ayam penyet yang TCDTM selalu makan di Jalan TAR
lagi sedap kot. Hahaha..
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete