Mula rasa sakit lower back dan kaki sebelah kiri ketika kandungan mencecah usia 7 bulan dan ada ketikanya sakit sampai tidak boleh berjalan iaitu berjalan dengan menggunakan tongkat. Selepas baring 2 atau 3 jam dan tuam air panas ditempat sakit, barulah rasa sakit hilang dan kembali berjalan seperti biasa. Saya pergi ke klinik biasa ketika sakit dan doktor kata kemungkinan sakit disebakan pembawakan budak dan perut sudah besar. Disebabkan mengandung, doktor tidak boleh memberi sebarang ubat melainkan paracetamol dan MC untuk 1 hari. Ketika itu hanya terfikir sakit disebabkan saya tiap - tiap hari akan berulang - alik jalan kaki dari MRT Muzium Negara sampai ke Stesen Komuter, KL Sentral, vice versa. Siapa yang pernah melalui jalan itu tahulah berapa jauh nak menapak. Rasa sakit masih ada sampailah sudah melahirkan anak dan anak sudah mencecah umur 7 bulan, rasa sakit itu muncul balik dan tidak boleh berjalan seketika. Anak sudah mula berat pada umur 7 bulan dan sebagai seorang ibu, ki