Usai pukul 7.30 pagi, kami sudah berkumpul di Lower Lobby Entrance, Hotel Istana untuk ke Taman Negara. Menaiki van untuk ke BandarJerantut dan jumlah keseluruhan ada 11 orang termasuk pemandu van. Bila dalam van, kerja aku hanya tidur dan tidur terutama sepanjang Lebuhraya Karak. Mengantuklah sebab kena bangun pagi. Sepanjang perjalanan kami hanya berhenti sebentar di Exit Toll Jerantut, sempatlah kami ke tandas dan membeli sedikit makanan untuk kudap - kudap.
|
Van kami... |
Ada dua cara untuk pergi ke Mutiara Resort Taman Negara iaitu sama ada menaiki bot dari Jeti Kuala Tembeling selama 3 jam ke Taman Negara atau menaiki van sampai ke Jeti Kuala Tahan dan seterusnya menaiki bot ke seberang sungai untuk ke Mutiara Resort Taman Negara. Acah - acah hendak mencabar, kami memilih menaiki bot dari Jeti Kuala Tembeling.
Sampai sahaja di Jeti Kuala Tembeling, kami makan tengahari dulu dan dikehendaki membayar permit masuk dan permit kebenaran handphone serta kamera. Kalau tidak silap setiap item RM 4.00. Bot kami bertolak pada pukul 12.30 tengahari dan muatan maksimum hanya seramai 14 orang.
|
Jeti Kuala Tembeling |
|
Bot ke Taman Negara.. |
Pemandangan hijau yang memukau tapi cuaca yang agak panas menyebabkan aku rasa sangat mengantuk. Bot pun hanya dibawa perlahan. Ingatkan laju tadi, patutlah mengambil masa selama 3 jam. Bangun tidur, bangun tidur, berapa kali dah bangun tidur, tak sampai - sampai lagi di Jeti Mutiara Resort Taman Negara. Sangap bontot dah!! 2 orang mamat France di belakang kami tak berhenti - henti bercakap sepanjang perjalanan. Boleh tahan juga mulut diaorang nie, macam bertih jagung.
|
Muka teruja.. |
|
Segar lagi mata time nie.. |
|
Awal lagi nie..segar... |
|
Tahan sakit bontot.. |
|
Start layu dah... |
|
Outtt terus... tet tet tet.. |
|
Kawan Maslah... |
|
Depa berkubang dalam air..seronoknya.. |
|
Deretan restoran terapung di Jeti Kuala Tahan.. |
|
Mencanak tangga Mutiara Resort Taman Negara tu.. |
Kami sampai di Mutiara Resort Taman Negara pada pukul 3.30 petang dan terus check in di lobi hotel. Diberikan minuman ketika check in sebagai refreshment dan bag kami terus dibawa ke muka pintu bilik. Melenggang kangnkung jelah pergi ke bilik. Singgah sekejap sahaja dibilik untuk solat sebab kami tak sabar hendak berjalan - jalan di sekitar Mutiara Resort Taman Negara ni. Banyak juga chalet disini, lebih kurang 100 buah.
|
Tempat wajib amek gambar.. |
|
Peta Mutiara Resort Taman Negara.. |
Setelah penat meronda, kami menaiki bot ke seberang dengan bayaran RM 2 setiap orang. Cadangnya hendak pekena ikan patin kalau ada tapi hampa cuma masakn panas sahaja yang ada. Masakan panas pun jadilah asalkan di restoran terapung, sambil makan sambil celup kaki dalam air.
|
Acah acah comeyyy ke hape.. |
Padamalamnya kami makan buffet pada pukul 7-10 malam tapi kami makan awal disebabkan ada aktiviti night walk pukul 8.30 malam. Kami mengambil pakej 3 hari 2 malam di Mutiara Taman Negara dan untuk ketahui lebih lanjut tentang pakej, sila layari laman web Mutiara Taman Negara. semua dah disediakan, yang tinggal bawa diri jer.
Untuk pengetahuan, seorang gudie akan ditugaskan untuk membawa setiap kumpulan dan alhamdulillah hanya kami berdua sahaja dalam kumpulan. Pak Cu Hamzah adalah guide kami sepanjang trip kami di Taman Negara. Yiehaaaa...
Night walk ni sudah ada trail berplatform kayu yang disediakan oleh pihak Mutiara Resort Taman Negara. Disebabkan banyak kumpulan yang buat night walk, suasana trail sangat hiruk pikuk, jadi, tak adalah rasa sunyi sangat. Pak Cu Hamzah yang sporting nie telah membawa kami ke trail yang agak jauh untuk mengelakkan kesesakan. Siap tanya lagi korang OK ke tak kalau jalan jauh? Eeeh jauh lagi best Pak Cu. Alhamdulillah kami nampaklah pelbagai serangga dan haiwan di waktu malam dengan berbekalkan bantuan lampu suluh. Antaranya ialah kancil, rusa, kala jengking, serangga ranting, ladybird, belalang, siput dan lain - lain lagi.
Pak Cu Hamzah kata rezeki kami hari nie sangat baik disebabkan dapat jumpa banyak binatang ciptaan Allah. Banyak sangat gambar tapi tak berapa cantik gambarnya kerana kami hanya menggunakan kamera handphone yang tak x canggih mana.
Sesekali Pak Cu menyuruh kami mematikan lampu suluh dan berdiam diri untuk sketika. Apabila dalam gelap gelita, secara tidak langsung deria pendengaran akan menjadi sangat tajam dan kami dapat menikmati bunyi serangga yang bersahutan. MasyaAllah sungguh asyik dan dan damai sekali.
Bila tutup lampu suluh tu, kadang - kadang ternampaklah kelip - kelip yang cantik datang ke arah kami.
Bila tutup lampu suluh juga kami dapat melihat alga - alga yang bercahaya di lantai hutan. Macam bintang yang berkelipan dan seolah olah berada di awang - awangan. Suatu pengalaman yang susah nak dilupakan. Sungguh kami takjub dan tidak ketahui selama ini alga boleh memberi cahaya ketika malam. Kami juga dapat melihat mata labah - labah yang bersinar pada waktu malam. Walaupun kecil, tapi ia masih boleh dilihat dengan jelas.
Yang paling penting untuk buat night walk ialah confidence dan enjoy sahaja segala ciptaan kebesaran Ilahi. Selain tu kenalah bawa lampu suluh, pakai baju lengan panjang, kasut sukan dan sebotol air kerana lebih kurang 2 jam juga kami berada dalam hutan.
- To Allah Is Your Return, And He Has Power Over All Things -
Comments
Post a Comment