Tak tahulah sudah berapa kali menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi tapi masih lagi tidak pernah jemu ke rumah Mahsuri ini. Mengikut permintaan kedua ibubapa untuk berjalan ke Pulau Langkawi dengan menaiki kapal terbang dari Subang ke Alor Setar. Tidur semalam dulu di Hotel Brasmana dan sempatlah pekena ikan bakar di Jeti Kuala Perlis. Penuhi hajat mak nak makan ikan bakar.
Keesokannya kami menaiki feri dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi. Di dalam Perlis disajikan filem Chowrasta, mengisahkan perjuangan seorang pemuda bernama Hamid untuk mencapai cita - citanya. Menariklah juga sampai tak berkelip mata.

Kami memilih untuk menginap di kawasan Pantai Cenang tapi nampaknya kami sangat tidak selesa dengan kesesakan yang dipenuhi restoran - restoran. Sekali tengok, sudah macam di kawasan Pulau Phi Phi pula. Langsung tiada ciri - ciri Malaysia. Hanya pendapat saya, mungkin orang lain tidak berfikir sebegitu.
Di dalam entri kali ini, tiada apa yang hendak dikongsikan melainkan gambar - gambar ke kereta kabel Gunung Mat Chinchang iaitu tarikan utama di Pulau Langkawi.
Ultraman menyerang raksasa pink.. |
Loving couple.. |
Raksasa pink interframe.. |
Ku kunci hatimu... |
- Never Complain About What Your Parents Couldn't Give You, It Was Probably All They Had -
Comments
Post a Comment