Akhirnya saya membuat keputusan untuk menjejakkan kaki ke negara Korea Selatan iaitu home-ground kepada Bigbang, Family Outing dan Running Man. Saya bukanlah peminat setia K- Pop tapi produser - produser TV di Korea Selatan sangat pandai mengiklankan kecantikan negara mereka berbanding kita di Malaysia.
Bertolak seawal pagi dengan menaiki penerbangan AirAsia dan saya bersama dua orang lagi kawan telah memilih Group Travel Ala - Ala Backpacker. Kumpulan saya mempunyai seramai 8 orang dewasa dan kami dikehendaki berkumpul didepan pintu masuk KLIA2 untuk mendengar penerangan ringkas dari pihak syarikat pelancongan. Di situlah saya baru mengenali 6 orang ahli yang lain dan mereka ini mempunyai latar belakang yang sangat berbeza dengan saya. Ehh, tiba - tiba sudah dapat 8 orang kawan baru (Mak Cik Shaihah, Kak Hasnah, Farhan, Shairah, Mira & Ecah).
Selesai sudah taklimat, kami bersurai dan membuat haluan masing - masing. Yang penting, kami seramai 8 orang akan menaiki penerbangan yang sama. Kami bertiga memilih untuk bersarapan nasi lemak dahulu di KLIA 2. Didalam penerbangan, saya terpisah dengan kawan - kawan kerana kami membeli tiket penerbangan pada waktu yang berbeza. Alhamdulillah, sudah rezeki saya untuk duduk di Quiet Zone tapi malangnya, penumpang perempuan disebelah tidur berdengkur, memang tidak dapatlah hendak tidur dengan aman.
|
Group selfie sementara menunggu makanan siap.. |
Akhirnya, kami selamat mendarat dan menjejakkan kaki di bumi Korea Selatan setelah beberapa jam penerbangan. Sangatlah moden lapangan terbang Korea Selatan ini tetapi sistem imigresen agak lambat kerana hanya 3 kaunter sahaja yang dibuka untuk menampung beratus - ratus orang penumpang. Disini sahaja kami sudah menghabiskan masa hampir tiga jam.
|
Menunggu keretapi.. |
Di balai ketibaan kami disambut oleh pemandu pelancong kami iaitu Wan, anak jati dari Kelantan. Seorang pemuda yang bercita - cita untuk mengembara mengelilingi dunia dan ketika post ini ditulis, beliau sudah menamatkan misi Transiberian route. Alaa..baru berangan nak kenal oppa - oppa Korea, sekali datang yang makan budu, terima jelah. Hahahaaha
|
Berborak - borak sambil menunggu Wan top up kad train |
Kami menaiki tren dari Lapangan Terbang Incheon ke Hongdae iaitu tempat penginapan kami sepanjang di Korea Selatan. Tiada pemandangan yang menarik sepanjang perjalanan ke Hongdae. Jadi, kami banyak menghabiskan masa dengan berbual - bual dan mengenali setiap ahli di dalam kumpulan. Antara benda yang saya perhatikan orang Korea Selatan ini mereka sangat suka dengan gajet terutama handphone, memang menunduk sajalah sepanjang perjalanan. Kalau ada orang tua berdiri di hadapan diaorang pun belum tentu mereka akan bangun untuk memberikan tempat duduk sama ada kurang rasa hormat atau terlalu leka dengan handphone. Ehh, macam sama jer dengan Malaysia.
Saya amat mengagumi negara Korea Selatan kerana mereka maju dan moden padahal suatu ketika dahulu mereka ini lagi mundur dari Malaysia. Difahamkan, sumber ekonomi Korea lebih kepada industri pembuatan seperti kereta, handphone dan sebagainya. Selain itu, mereka agak terkenal dengan industri pelancongan dan hiburan yang dinamakan K- Pop.
|
Dalam tren pun boleh... |
Berjalan kaki dari Stesen Hong Ik Universiti ke BOA Guesthouse mengambil masa lebih kurang 10 minit. Wan memberikan kunci - kunci bilik kepada kami dan hanya saya yang duduk berseorangan. Bilik sangat selesa, kemas dan bersih. Walaupun biliknya kecil tapi segala kelengkapan ada dengan peti ais, heater, air cond dan tv. Pihak guesthouse juga ada menyediakan kemudahan dapur, dobi, dan iron untuk penginap di sini.
|
Reception BOA Guesthouse |
|
Berjalan ke BOA Guesthouse |
|
Bilik yang sangat selesa.. |
Selepas berehat sebentar dan menunaikan solat jamak, kami berjalan - jalan di sekitar Hongdae. Pada hujung minggu adalah waktu kebiasaan pemuda - pemudi Korea untuk berjimba dan banyak "street performers" yang membuat persembahan secara percuma sama ada tarian, nyanyian dan sebagainya. Lagu - lagu hit K - Pop akan dimainkan oleh street performers di sini dan kerana Bigbang agak baru sahaja membuat comeback, lagu - lagu mereka biasanya menjadi pilihan.
|
Tengah menari Ringa Linga |
Cukup - cukuplah tengok K - Pop, kami pergi makan malam di sebuah restoran di Hongdae dimana mereka tidak menghidang babi dan arak di restoran ini. Jadi, kami hanya memesan nasi goreng seafood yang memang sedap, ke kami yang lapar. Kalau tengok diaorang ni masak, memang sekejap dan senang sahaja, bubuh butter, sotong, udang, pes cili, sayur, cheese dan nasi, sudah siap nasi goreng seafood. Siap diaorang sediakan side dish lagi iaitu kimchi, sup dan kobis mayonis. Bagusnya orang korea ni, setiap kali makan, mereka akan minum air masak sahaja, tak ada yer air manis ni. Patutlah, diaorang ni kurus dan cun - cun.
|
Baru belajar makan guna chopstick.. |
|
Ketap bibir lapar ke.. |
|
Muka - muka tahan lapar.. |
|
Menu di restoran nie.. |
Pada waktu malam di Hongdae memang sangat happening, jadi, kami tidak melepaskan peluang untuk berjalan - jalan di sekitarnya. Banyaklah kedai - kedai yang menjual seperti, baju, dessert, kosmetik dan lain - lain lagi. Malam ni tak shopping lagi, survey dulu harga. Sempatlah juga kami merasa makan takoyaki yang dibelanja oleh Wan. Alhamdulillah, terima kasih dan semoga dimurahkan rezeki yup.
|
Lorong gelap manalah nie.. |
|
Nampak sangat x gelojoh makan takoyaki tu.. |
|
Awat excited sangat Iman tu.. |
|
Buruk perangai makan sambil berdiri.. |
Kami singgah ke Cafe Hello Kitty. Memang cantiklah interior design yang bertemakan pink tapi malangnya saya bukanlah peminat Hello Kitty. Yang tak bestnya, kalau nak duduk disini, setiap orang kena beli secawan air. Sudahlah mahal dan rasa coffe yang biasalah macam ala - ala starbucks atau coffee bean tapi disebabkan cuaca yang sejuk, coffee pun rasa sedap. Melayang duit saya. Cafe Hello Kitty ini amat sesuai untuk disinggah kalau korang minat sangat dengan Hello Kitty.
|
I punya sebelah kiri sekali, Caramel Machiatto.. |
|
Is that cappucino?? |
|
Hot chocolate yup?? |
|
Hurrm, kasi can pegang patung.. |
Setelah penat berjalan dan mencuci mata, kami pulang ke hostel untuk tidur. Sempat lagi sepanjang perjalanan bergambar. Bila lagi korang nak berjimba pada hujung minggu di Korea Selatan kan..
- Since I Became Of Bigbang Fan, My Dream Is To Visit South Korea, I Tell A Lie -
Comments
Post a Comment