Yeah, ke Kuala Gandah kita!! Memang disyorkan untuk sesiapa yang ingin mengenal spesies haiwan yang terancam ini iaitu gajah. Walaupun gajah ni haiwan yang besar tapi jatuh hati jugalah dengan keletah diaorang yang comel tu. Tempat ni takdelah jauh sangat dengan KL, lebih kurang satu jam lebih atau dua jam sahaja.
Yang bagusnya pergi pagi-pagi, masuk ke Deerland dulu yang terletak berhampiran sahaja dengan Pusat Konservasi ni disebabkan pada waktu petang baru kita boleh melihat pertunjukan gajah dan acara mandi gajah.
Kitaorang memang tak melepaskan peluang untuk mandikan gajah. Tapi rasanya pelatih-pelatih gajah nie bukannya mandikan gajah tapi mandikan kitaorang. Aishh..Paling membanggakan kitaorang sahaja kumpulan pelancong dari Malaysia yang mandikan gajah, kumpulan yang lain semua mat dan minah saleh. I guess Malaysian people don't like this kind of activity. We had so much fun even though we smelled like an elephant.
Sebelum balik sempat lagi kitaorang menyinggah di ladang buluh dan nangka yang diusahakan oleh seorang usahawan bumiputera. Ladang ni dah pernah masuk TV 1 didalam rancangan AgroJournal. Kitaorang tahu tempat nie pun selepas berborak-borak dengan salah seorang pekerja Pusat Konservasi Gajah iaitu Ali. Ali yang tunjuk jalan ke ladang dan menyatakan dia dan kawan-kawan suka datang ke kawasan ladang tu. Apa lagi, meratah buah nangkalah!! Huhuhuhu..
Theresa makan paling banyak |
Comments
Post a Comment