Alhamdulillah rezeki untuk pergi ke Brunei tapi kali nie pergi seminar di The Hotel Empire & Country Club. Tapi tak stay kat situlah, seram company aku nak bayar. Sampai kat airport Bruinei, baru aku tahu susah nak cari teksi kat Brunei, yelah Brunei kan negara kaya dan hampir semua rakyat dia memiliki kereta. Pergh, nasib baik event organizer datang jemput kalau tak memang mati kutulah.
Disebabkan pergi sekejap saja, so, sempatlah menjejakkan kaki ke Bandar Seri Begawan. Melawat ke Royal Regalia Museum, memang seronok dapat melihat alat-alat kebesaran diraja Brunei dan gambar-gambar kerabat diraja Brunei. Handsome kot Sultan Brunei tu. Lepas tu pergi melawat ke Masjid Sultan Omar Ali Saiffuidden dimana tiang-tiang dan kubahnya emas. Rasa macam nak kikis jer emas tu, ehh macam gold-digger plak. Alhamdulillah sempat membuat solat sunat tahiyatul masjid, rugi taw kalau pergi ke masjid tak buat solat sunat nie.
Dah alang-alang pergi ke masjid tu, aku pun singgahlah ke Kampong Ayer iaitu perkampungan air yang terbesar di dunia. Memang lengkap siap dengan sekolah, masjid, bomba, klinik dan sebagainya. Kalau nak pergi ke sana, kena naik bot tempatan murah sikit dari bot pelancong. Laju pak cik nie bawa bot dan memang tak ada life jacket. Sia-sia jer kalau aku jatuh dalam air. Tapi, takpe yang penting experience. Teksi air nie senang jer nak dapat dan kita boleh tahan teksi nie kat mana-mana sahaja.
Rumah di Kampong Ayer |
School |
Bomba datang berlumba-lumba |
Balik tu sempatlah singgah di mall beli souvenir yang harganya sangatlah murah walaupun sudah convert ke duit Malaysia. Gambar pergi seminar tak payah tunjuklah. Borink, hahaha..Rasa macam nak mengulang lagi pergi ke Brunei kalau ada rezeki, InsyaAllah.
Comments
Post a Comment