Katanya pergi mencari ketenangan hidup tetapi lebih kepada nak jumpa kawan yang tersayang. Selepas subuh aku dah jejak kaki ke lapangan terbang Subang dan diri ini sudah berada di negeri jelapang padi pada pukul 8.50 pagi. Sunnguh takjub dengan pemandangan merentasi Pulau Pinang dari jambatan pertama sampailah ke jambatan kedua. Kemudiannnya, merentasi sawah padi yang menghijau. Ohh, Subhanaallah!.
Sambil menunggu sahabat tersayang sampai, aku pergi bersarapan di Simple Cafe, lapangan terbang Alor Setar. Nasi lemak yang sedap bersama teh tarik yang kurang manis sungguh sesuai dengan selera aku. Sudahlah sedap murah pula tu, total makan adalah RM5 sahaja. Jika di Kuala Lumpur, sekurang-kurangya RM7.
Kami check in di The Jerai Regency Hotel di mana pada asalnya nak naik van shuttle saja sampai ke puncak tapi bila mengenangkan kena bayar RM70, terbantutlah pula hasrat tu. Jika nak murah kena lebih dari 5 orang kita boleh dapat RM20 per person return kalau tak silaplah. Jadi kami bawalah Avanza naik ke puncak Gunung Jerai. Nasib baik Ekin memang expert bab-bab memandu nie, kalau aku memang ke lautlah.
Masa nie memang teringatlah zaman kecik-kecik naik Gunung Jerai. Dari Pulau Langkawi ke Gunung Jerai, naik pula ketika waktu maghrib, hujan, dengan kabus lagi. Hah, bagus sangat! Memang kena tegurlah bila sampai kat atas. Orang yang pertama kena tegur, ayah dan kakak ketika diaorang di reception. Bila masuk sahaja di reception, terdengar serenade piano english old song. Padahal mengikut pekerja itu mereka tak ada pun piano ataupun bunyi automatik ketika masuk reception. Kan hantu penjajah dah bangun.
Ayah booked sebuah rumah yang ada 3 bilik dan dikelilingi beranda. Bila masuk bilik pertama ok, yang kedua ok tapi bila ketiga terus bulu roma tegak, macam ada orang perhatikan kita. Ingat aku seorang jer rasa cam tu, rupanya diaorang pun sama. Malam tu masing-masing memang tak nak lah tiur bilik yang ketiga tu. Dah tiga beradik berposak-posak dalam dilim bilik kedua. Bila malam lagi hebat, dengar orang berlari sekeliling beranda rumah. Seram tak?? Tak payahlah nak seram sangat, kalau Allah nak buka hijab mata tu bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Kira rezekilah siapa yang jumpa tu.
Walaupun begitu, aku memang tak akan seriklah datang ke Gunung Jerai disebabkan udaranya yang nyaman dan sebagainya. Ada jer gambar yang dulu-dulevtapi malas nak upload, yelah dulu-dulu mana ada kamera digital nie. Tapi sekarang hotel nie dah berubah wajah dengan landskap yang cantik, facilities seperti buggy car, restoran yang santai dan juga kolam renang tapi sesuai untuk budaklah. Kecik sangat kolam tu, aku baru kayuh tiga empat kali dah sampai. Hurrm..Servis buggy car tu digunakan untuk ambil kita dari parking kereta dan hantar kita sampai ke muka pintu bilik. Aku ngan Ekin ingatkan jauh bilik, rupanya dekat jer. Takpelah yang penting kitaorang happy.
|
Poyo nak studi, ngan notes bagai.. |
|
Lapor sejuk-sejuk kat atas tu.. |
|
Istana Abu Bakar bersambung dengan Restoran. Dulu dibawah istana tu ada jeriji, katanya orang Inggeris seksa tahanan disitu. Sekarang pihak hotel dah tutup dan cover dengan bunga gantung. |
|
Di restoran, siap kabus-kabus lagi |
Kami ambil standard room sahaja yang terletak dilereng bukit. Jadi, sebelum nak booking bilik tu querylah sikit bilik tu view apa. Jujurnya aku memang tak minat kalau bilik yang menghadap taman permainan, kolam renang dan tempat meletak kereta kerana tiada privasi.
|
Kerusi di beranda untuk lepak |
|
Yg hujung sekali tu bilik kami |
|
View sunset |
|
Rasa macam nak tanam kat Shah Alamlah.. |
|
Ekin kata macam kat oversea, hurrm, kasi can.. |
|
Malam-malam jalan nie gelap sikit |
|
Tak tinggal nota master dia.. |
|
Petang-petang kami lepak tepi bukit |
|
Tepi tong sampah pun jadi.. |
|
Yg nie dekat dengan parking kereta |
|
Kepit nota lagi.. |
Comments
Post a Comment