Katanya pergi mencari ketenangan hidup tetapi lebih kepada nak jumpa kawan yang tersayang. Selepas subuh aku dah jejak kaki ke lapangan terbang Subang dan diri ini sudah berada di negeri jelapang padi pada pukul 8.50 pagi. Sunnguh takjub dengan pemandangan merentasi Pulau Pinang dari jambatan pertama sampailah ke jambatan kedua. Kemudiannnya, merentasi sawah padi yang menghijau. Ohh, Subhanaallah!. Sambil menunggu sahabat tersayang sampai, aku pergi bersarapan di Simple Cafe, lapangan terbang Alor Setar. Nasi lemak yang sedap bersama teh tarik yang kurang manis sungguh sesuai dengan selera aku. Sudahlah sedap murah pula tu, total makan adalah RM5 sahaja. Jika di Kuala Lumpur, sekurang-kurangya RM7. Kami check in di The Jerai Regency Hotel di mana pada asalnya nak naik van shuttle saja sampai ke puncak tapi bila mengenangkan kena bayar RM70, terbantutlah pula hasrat tu. Jika nak murah kena lebih dari 5 orang kita boleh dapat RM20 per person return kalau tak silaplah....