Hurmm..tak tahulah sudah beberapa kali saya sudah menjejakkan kaki ke FRIM ni. Biasanya bila ke sini mesti dengan orang-orang yang berbeza. Sempena meraikan kepulangan interns ke negara masing-masing, kami melepaklah sekejap di FRIM. Untuk pengetahuan, Teresa dari Jerman tapi lupalah pula nak tanya dia ni ada abang tak bernama Miroslav Klose atau Ballack dan Loubna pula datang dari Maghribi.
|
Loubna dan Teresa |
Macam biasa masing-masing akan bawa makanan untuk disantap bila lapar nanti, ada yang bawa sandwich, buah, nugget dan sebagainya. Pergh memang saya terasa pancit naik kat bukit FRIM nie. Malas bersenam inilah jadinya, mulalah tercungap-cungap minta oksigen. Teresa siap bawa Ukulele ke gitar ke, tak tahulah apa namanya.
|
Loubna slumber with dress and handbag |
Kalau dah datang FRIM ni mestilah kena naik canopy walkway tu. Ramai pula orang hari ni, tapi layan jelah. Tapi nampaknya canopy tu dah macam uzur sikit, so, FRIM, kena buatlah penambahbaikan supaya tiada kejadian yang tak diingini berlaku.
|
Dlm hutan pun dapat line..hutanlah sangat! |
|
Your contact lenses scary!! |
|
Dgn ngeng |
Lepak di FRIM waktu hujung minggu memang best kerana kita boleh sedut udara segar. Banyaknya pokok, rasa tak nak balik.
|
Kanak-kanak riang |
Dah tengahari masing-masing pun baliklah, tapi kami sempat lagi pergi jumpa Hani dan Wawi di UIA. Sudah dekatkan. Sudah lama legends2 tak hang out together. Wawi bawa pergi makan di Restoran Ikan Bakar dekat dengan Pasar Keramat. Punyalah jauh. Tak apa, kita layankan jer.
|
Mahallah Hafsah |
Hujanlah plak lepas makan tenghari nie, apa lagi pergi munum-minum kopi dulu di Starbucks, Menara Binjai. Saja jer diaorang nie nak perabihkan duit dan tambahkan lemak kan!! Sekali-sekala katanya. Bila nak order mulalah mengagau nak minta kopi jantanlah, jus oren lah, hah, tak biasakan.
|
Chill out! |
Comments
Post a Comment