Hurmm..tak tahulah sudah beberapa kali saya sudah menjejakkan kaki ke FRIM ni. Biasanya bila ke sini mesti dengan orang-orang yang berbeza. Sempena meraikan kepulangan interns ke negara masing-masing, kami melepaklah sekejap di FRIM. Untuk pengetahuan, Teresa dari Jerman tapi lupalah pula nak tanya dia ni ada abang tak bernama Miroslav Klose atau Ballack dan Loubna pula datang dari Maghribi. Loubna dan Teresa Macam biasa masing-masing akan bawa makanan untuk disantap bila lapar nanti, ada yang bawa sandwich, buah, nugget dan sebagainya. Pergh memang saya terasa pancit naik kat bukit FRIM nie. Malas bersenam inilah jadinya, mulalah tercungap-cungap minta oksigen. Teresa siap bawa Ukulele ke gitar ke, tak tahulah apa namanya. Loubna slumber with dress and handbag Kalau dah datang FRIM ni mestilah kena naik canopy walkway tu. Ramai pula orang hari ni, tapi layan jelah. Tapi nampaknya canopy tu dah macam uzur sikit, so, FRIM, kena buatl...