Esoknya
selepas sarapan kami terus check out dari hotel kerana akan bermalam di bandar
Padang yang berdekatan dengan lapangan terbang. Muka2 happy nak sambung
berjalan.
Destinasi
pertama pada hari ini ialah Ngarai Sianok iaitu lembah curam yang terletak di
tengah-tengah bandar Bukit Tinggi ini. Kawasan ini berdekatan sahaja dengan
hotel kami. Mengikut guide kami, di Ngarai Sianok ni ada trek jogging, boleh
menikmati pemandangan sambil berjogging.
|
Kawasan nie banyak monyet..erk apsal satu monyet pun xde dalam pic |
|
Latar belakang gunung berapi |
Lepas
tu kami masuk ke Lobang Jepang iaitu terowong hasil tinggalan Jepun pada
sekitar tahun 1940 an. Nak masuk ini kena bayar dan kena bayar extra untuk
guide di Lobang Jepang yang memberikan penerangan. Guide kami ialah Pak Indra, baik
dan cilik sahaja orangnya.
|
Elok sangat muka TCDTM tu |
|
Betul-betul dihadapan pintu masuk |
Tapi
tempat ini tak mesra orang tua dan pengguna wheel chair disebabkan mempunyai
berpuluh anak tangga untuk masuk ke lobang ini. TCDTM memang tak ingat berapa
panjang lobang ini tapi panjanglah gak. Mengikut Pak Indra, walaupun pernah
terjadi gempa bumi, orang yang berada di dalam ini tidak merasa pun gegarannya.
Wah, betapa hebatnya jurutera2 Jepun ini mencipta lobang ini.
|
Banyak anak tangga, ini baru permulaan jer.. |
Di
permulaan lobang ini, kerajaan Indonesia telah simenkan dinding lobang ini tapi
ini mendatangkan kemarahan pencinta-pencinta sejarah kerana telah merosakkan
dinding asalnya. Lobang ini tidak bergema disebabkan orang-orang Jepun ini
membuatnya lekukan di dinding-dinding lobang ini. Siapa yang belajar fizik
tahulah.
|
Lekukan di dinding lobang |
|
Pak Indra |
|
Gaya apa pun boleh |
|
Tayang ketiak |
|
Pandai buat tanduk yer ngeng |
|
Tayang ketiak lagi |
Terdapat
beberapa bahagian di dalam lubang ini seperti dapur, penjara dan sebagainya.
Penjara ini telah ditutup oleh pihak kerajaan Indonesia kerana ramai pelawat yang
mengalami demam dan histeria selepas masuk ke penjara ini kera ia adalah tempat
tentera Jepun menyeksa banduan. Tetapi bagi TCDTM, ini semua masalah lemah
semangat.
Di
bahagian dapur ini terdapat lubang rahsia pihak Jepun untuk melupuskan mayat.
Lubang itu tembus sampai ke sungai.
Untuk
keluar dari lubang itu, kami keluar menggunakan pintu yang lain dimana guide
kami sudah menunggu dengan van.
|
Lubang mayat! Erkkk ader sampahlah plak |
Selesai
melawat, kami pergi ke satu-satunya rumah yang masih mengekalkan ciri-ciri
Minangkabau. Kebetulan sepanjang perjalanan, kami dapat melihat perkahwinan
orang Minangkabau. Mereka meletakkan kadbod bunga-bunga di luar dewan atau
rumah sebagai ucapan tahniah.
Berdekatan
dengan rumah ini, kami dibawa melawat ke kedai silver. Tapi kami masuk sekejap
sahaja sebab kami tidak berminat dengan silver malah harganya mahal pula.
|
Lawa rumah nie, tepi sawah plak... |
Singgah
sebentar di sebuah kedai menjual kopi. Macam-macam jenis kopi ada. Di sebelah
kedai tu terdapat kedai menjual barangan kulit. Ada yang memborong jaket dan
wallet. Tak tahulah asli ke tak.
|
Gembiranya muka ngeng... |
|
Nampak tak masjid... |
Sambung
lagi perjalanan ke Tasik Maninjau tapi tidak sampai ke bawah pun, kami singgah
di sebuah kedai pekena apam labu. Pergh sedap!!
|
Tasik Maninjau |
|
Apam labu! Banyak gak kitaorang sental |
Kami
pun singgah makan di sebuah restoran dalam perjalanan ke Padang tapi tak ingat
namanya apa. Tapi masa ni semua dah muak makan masakan Padang. Hahaha. Banyak
lauk tak habis.
|
Banyaknya lauk |
Tak
cukup makan nasi, pergi pula beli bika atau kuih neraka. Kenapa dipanggil kuih
neraka?? Jawapnnya ia dibakar di dalam kayu api yang panas. Sedap kot terutama
bila makan waktu panas. Kuih nie bentuknya macam lempeng pisang lah. Erk, yeke
bentuk dia macam tu.
|
Chef Bika |
|
Jangan judge daripada rupa |
Di
pertengahan perjalanan, kami singgah di air terjun tapi tak pergi dekat pun
sebab semua dah malas nak turun. Asal tangkap gambar sudah. Kami hanya tangkap
gambar di atas sebuah jambatan gantung yang macam dah uzur. Seram! Tak adalah
lawa sangat air tejun tu, kat Malaysia banyak lagi yang lawa. Hahaha..
|
Muka ade air liur basi masing2 |
Jambatan
Siti Nurbaya pun kami tidak mengambil gambar. Bagi TCDTM, cerita Siti Nurbaya
ini tidak seharusnya dijadikan teladan kerana Siti Nurbaya ini bukannya
serikandi malah dia membunuh diri kerana terpaksa berkahwin dengan Datuk
Belanda tu. Teman lelakinya, Shamsu Bahri ke Saiful Bahri pula pengecut
melarikan diri ke Malaysia meninggalkan Siti Nurbaya.
Tapi
malam tu terbaik, kami pergi makan ikan bakar dan restorannya betul-betul
terletak di tepi pantai sambil di dendangkan karaoke yang suara ala-ala Broery
Marantika.
|
Santai!! |
|
Uishh besarnya mulut!! |
Esoknya
awal-awal subuh kami sudah siap bersarapan untuk pergi ke lapangan terbang.
Tidak pernah-pernah sarapan pukul 6 pagi.
Alhamdulillah
semua sampai dengan selamat. Perjalanan kali ini sangat best sebab dapat bonding
balik dengan group legends dan Ngeng sambil melihat ciptaan kebesaran Ilahi.
TCDTM mencadangkan semua pembaca blog ini untuk pergi ke Padang-Bukit Tinggi
menghirup udara yang segar dan aman.
|
Ehem..ehem, tekak gatal!! |
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete