Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Kembara kali ini ke bumi Allah yang bernama Krabi, Thailand.
Kami bermalam di Kuarters IPD Seberang Perai Tengah, rasa selamat jer tidur dalam balai polis. Kami disambut oleh ibu bapa dan ahli keluarga Ekin yang ramah dan sporting serta dijamu dengan jagung rebus dan jeruk. Tidur pun tak lama sangat di rumah Ekin Basar disebabkan kami akan bertolak menaiki Van Komuter pada pukul 4.30 pagi ke Krabi.
 |
Betul x pic nie kin?? |
Tunggu punya tunggu, pukul 5.30 pagi Van Komuter sampai di Masjid Seberang Jaya dan muatan setiap Van Komuter adalah 11 orang termasuk pemandu. Lambat betul orang Thai nie, kap3 tapi dimaafkan sebab dia sangat hot , macam Tony Jaa lah. Kami 6 orang, 2 orang Indonesia dan 2 lagi Mat Saleh. Nama syarikat ni ialah Newsia Express dan kos tambang dua hala Penang - Krabi adalah RM 95.00, ini adalah hasil pencarian kami di internet.
Pemandu kami singgah di sebuah R&R area Changlun dimana kami dikehendaki memberi RM 1 untuk setiap seorang sebagai tip dia mengambil Arrival Card untuk kami. Kami sampai di imigresen dalam pukul 8.00 pagi dan sudah menjadi tradisi, kami kena selitkan RM 1 seorang di dalam passport ketika di imigresen Thailand sebagai tip untuk memudahkan proses kemasukan ke Thailand. Kurang ajar betul orang Thai nie, makan duit jer kejernyer.
 |
Superb weekend wif superb frenz.. |
Lebih kurang pukul 10 lebih kami sampai di Bandar Hatyai dan kami dibawa ke Syarikat mereka untuk proses penukaran ke Van Komuter yang lain. Rupa-rupanya 2 org Indonesia tadi hendak pergi ke Koh Pah Nga dan 2 orang Mat Saleh tu pula hendak pergi ke Koh Sa Mui.
 |
Sekitar Bandar Hatyai |
Perjalanan diteruskan dengan pemandu van yang lain. Kebetulan pak cik nie berasal dari Sungai Golok, so, dia boleh berbahasa Melayu, so, banyaklah benda dibualkan sepanjang perjalanan. Aish, nasib badanlah kena layan berborak dengan pak cik nie sebab dah duduk sebelah pemandu. Kami juga singgah makan di R&R, Phattalung tapi tak berapa selera sebab lauk-pauk dia tak berapa kena dengan taste orang Malaysia.
Akhirnya kami sampai di Pekan Ao Klang dalam pukul 2.00 petang di mana kami tunggu Rusydi member Thai a.k.a pemandu pelancong sepanjang di Krabi. Setiap seorang kami bayar RM 450 utntuk accommodations, transport, fee entrance and etc. Lama juga tunggu mamat nie datang amek, tapi dimaafkan sebab dia jadi khatib bagi khutbah jumaat daaaa...Lupa plak ari tu ari jumat.
Rusydi bawa kami makan di sebuah restoran berkonsepkan bambu yang sangat sedap juadahnya seperti Som Tam (ketam, telur masin and etc, Daging Waterfall dan banyak makanan lain lagi. Sedap sampai menjilat jari. Wajib datang kat restoran nie kalo pergi ke Krabi.
 |
Som Tam..google pic |
 |
Daging waterfall, som tam, ayam percik dan pulut...terbaik!!! |
Kemudiannya, kami check in di Aonang Villlage Resort di Pantai Aonang dan ia terletak berhadapan dengan McDonald di Pantai Aonang.
 |
Errkk..mcm semak samunlah plak... |
 |
Nie kat receptionist.. |
 |
Diz pic..credit to google |
Selepas solat jamak, Rusydi bawa kami ke Bangpae Waterfall. Iyer ke nie nama dia, tak kisah lah yang penting waterfall nie memang ada kat Krabi. Ktaorang datang sini dah petang sangat sampai orang kaunter pun dah balik. So, ktaorang masuk secara illegal. Subhanallah, cantiknya tempat nie, hanya Allah saja yang tahu. Dengan air yang biru dan akar - akar kayu yang cantik. Rusydi cakap, air dier lagi jernih sampai nampak dasar tapi disebabkan baru lepas hujan, so, air tu keruh sedikit.
Maghrib-maghrib baru nak balik, haiyooo..dalam perjalanan balik ke Pantai Aonang, sempat juga singgah sebuah masjid di Krabi, tak ingatlah plak nama dier. 80% penduduk di Krabi adalah Muslim dan selebihnya non-Muslim tapi disebabkan ramai pelancong asing datang ke Krabi, so, ratio dier dah berubah kepada 50%.
Then, kami pun berjimba di kedai-kedai sekitar Pantai Aonang untuk membeli souvenirs. Penat deh tawar-menawar dengan org Thai nie, dahlah hujan pulak tu. Hurrmmm..
 |
Yeay..berjimba |
 |
Wat meeting |
 |
Raining gurl |
Habis sahaja membeli-belah, masing-masing kaki dah kejang nak jalan balik ker hotel. Aper lagi naik tuk2 lah balik ke hotel dengan bayaran sebanyak RM 10. Kesian tuk2 tu, macam nak tergajai dah bila ktaorg 6 orang naik.
 |
Cian driver tuk2 tu, siap sesat2 hantar blk hotel.. |
 |
Hepi nampak... |
Comments
Post a Comment