Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2019

CATATAN PULAU BESAR, MERSING

Caca membawa kami ke sebuah restoran western di area Johor Bahru. Makanan sedap dan portionnya agak banyak. Nama restoran memanglah tak ingat dah tapi Caca kata, restoran ini antara yang terbaik di sini. Untuk pengetahuan, destinasi percutian kami kali ini ke Pulau Besar, Mersing. Jadi, saya dan Iman menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Kami akan bermalam di rumah Caca sebelum bertolak ke Jeti Mersing. Setelah 2 hingga 3 jam perjalanan menaiki kereta ke Jeti Mersing, kami mengisi perut di area Jeti Mersing sambal berjalan - jalan di Kompleks Jeti Mersing. Setelah itu, semua yang menginap di Aseania Resort dikehendaki berkumpul di pejabat mereka sebelum bertolak ke Pulau Besar. Kalau tidak silap, perjalanan ke Pulau Besar dari Jeti Mersing hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja dengan menaiki bot. Inilah rupa bot kami... Urusan check in selesai sahaja di resort, kami menyewa basikal untuk mengelilingi