Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

CATATAN TAMAN NEGARA - HARI KEDUA

Pada hari ini, kami dan Pak Cu memulakan jungle trekking seawal pukul 8.30 pagi. To beat the crowd. Pak Cu dengan bersungguhnya menerangkan kepada kami kepelbagaian jenis tumbuhan, serangga dan haiwan. Berpeluanglah juga melihat ular kapak, tarantula dan sebagainya ketika dalam perjalanan. Bersunnguh betuii dia dengar penerangan.. Buat - buat fahamkan babe... Pak Cu bagi payung kat kami.. Bunga halia...first time minum air bunga halia.. Tarantula.. Ular kapak... Setelah mendaki selama 44 minit, kami pun sampai ke puncak Bukit Teresek dan dari puncak kita boleh melihat Gunung Tahan. Tetapi disebabkan kabus yang tebal, niat suci murni pun terhalang. Pewai jugalah time nie sebab sudah lama tidak melakukan aktiviti - aktiviti seperti ini. Atas permintaan kami juga Pak Cu membawa kami melalui jalan tanah bukannya trek yang telah disediakan oleh pihak Taman Negara. Banyak perkara dan tip - tip yang telah dikongsi oleh Pak Cu ketika berad

CATATAN TAMAN NEGARA - HARI PERTAMA

Usai pukul 7.30 pagi, kami sudah berkumpul di Lower Lobby Entrance, Hotel Istana untuk ke Taman Negara.  Menaiki van untuk ke BandarJerantut dan jumlah keseluruhan ada 11 orang termasuk pemandu van.  Bila dalam van, kerja aku hanya tidur dan tidur terutama sepanjang Lebuhraya Karak.  Mengantuklah sebab kena bangun pagi.  Sepanjang perjalanan kami hanya berhenti sebentar di Exit Toll Jerantut, sempatlah kami ke tandas dan membeli sedikit makanan untuk kudap - kudap.   Van kami... Ada dua cara untuk pergi ke Mutiara Resort Taman Negara iaitu sama ada menaiki bot dari Jeti Kuala Tembeling selama 3 jam ke Taman Negara atau menaiki van sampai ke Jeti Kuala Tahan dan seterusnya menaiki bot ke seberang sungai untuk ke Mutiara Resort Taman Negara.  Acah - acah hendak mencabar, kami memilih menaiki bot dari Jeti Kuala Tembeling. Sampai sahaja di Jeti Kuala Tembeling, kami makan tengahari dulu dan dikehendaki membayar permit masuk dan permit kebenaran handphone serta kamera.  Ka