Skip to main content

CATATAN SEOUL - HARI KEDUA


Bagilah diaorang peluang untuk bergambar pagi - pagi.  Katanya, bila lagi nak bergambar di Guesthouse.  Sementara menunggu ahli kumpulan yang lain bersarapan, kami banyak menghabiskan dengan bergambar. Siap kena marah dengan seorang ahjussi lagi, walaupun dia cakap Korea yang sepatah haram kami tak faham tapi dah korang kenapa bergambar kat tengah jalan.














Dah macam remote kereta kau pegang Iman..



Tempat persinggahan yang pertama ialah Istana Gyeongbokgung iaitu sebuah istana lama dan yang paling terbesar di Korea Selatan.  Alhamdulillah, kami datang tepat pada masa dan sempatlah melihat perarakan penukaran pengawal - pengawal istana. Mereka berpakaian ala - ala tentera Korea pada zaman dahulu dengan siap muziklah sekali.  Di sebelah istana ini terdapat sebuah muzium dimana kami hanya masuk hanya sekejap sahaja.  Nampak sangat semua tak suka dengan subjek Sejarah.  Sejarah Malaysia pun saya sengal, apatah lagi sejarah negara lain.












Apehal tarik - tarik orang nie..























X berkelip langsung..


Muka stern jer brother belakang tu..














Istana di tengah - tengah bandar..














Dari Istana Gyeongbokgung, kami berjalan kaki ke muzium Raja Sejong.  Khabarnya Raja Sejong ini adalah antara raja yang teragung di era Joseon dimana beliau telah melaksanakan dasar - dasar kerajaan yang hebat ketika itu.  Kalau hendak tahu lebih lanjut, silalah google sendiri, sejarah Malaysia pun tak berapa nak ingat apatah lagi sejarah negara lain.






Apa bendalah yang ditulis kat longkang nie...














Tugu King Sejong


Kaki terapung di udara..










Melawat muzium tak sampai 30 minit pun, masing - masing dah tak sabar hendak bergerak ke tempat lain.  Berdekatan dengan muzium Raja Sejong, kita boleh belajar menulis nama sendiri di dalam bahasa korea. Kami diberi berus, dakwat dan kertas.  Menggigillah nak menulis kaligrafi hangul nie, rasa macam tulisan cakar ayam tu.








Fokus menulis..











Nak cium pipi tapi x sampai..








Kemudian, kami berjalan kaki lagi hingga ke Cheonggyecheon stream.  Di sepanjang perjalanan ini, orang Korea ada membuat hari peringatan ke atas tragedi karam feri dimana mereka menampal gambar - gambar mangsa dan ada juga yang bersembahyang untuk si mati. Terdapat juga kedai - kedai yang menjual snek seperti ketam kecik.  Aaargh, tak sanggup nak makan.  Cheonggyecheon stream ini lagi cantik kalau pergi pada waktu malam kerana mempunyai lampu, kalau siang - siang kau rasa macam tengok longkang yang cantik jelah.





















Ketika dalam perjalanan ke Namsangol Hanok Village, kami terserempak dengan seorang Muslimah Korea yang bernama Fatimah.  Punyalah masing - masing semangat hendak bercakap tapi dah macam kambing dengan itiklah.  Langsung tak faham!  Walaupun begitu rasanya masing - masing agak gembira bertemu saudara seIslam yang berlainan bangsa.  Di luar Namsangol Hanok Village ni ada seorang ahjumma menjual kek ikan inti kacang tanah.  Sedap betul, lagi - lagi kalau makan ketika sejuk - sejuk begini.  Di Namsangol Hanok Village ini, kita boleh melihat rumah tradisional rumah rakyat Korea dan difahamkan rumah ini sudah berusia beratus - ratus tahun tapi masih lagi cantik disebabkan inisiatif kerajaan Korea Selatan untuk menjaga nilai estetika.







Sempat plak ko baring Iman..

Satu pun x masuk, asyik kutip kayu jer..




Tempayan yang digunakan untuk menyimpan makanan..




















Kat bunga pun boleh..














Gaya je lebih..

Berlatar belakangkan Namsan Tower..





Alhamdulillah, kami dapat melawat Seoul Central Mosque di Itaewon tetapi perjalanan ke masjid agak mendakilah juga.  Tercungap - cungap kami!.  Dapatlah kami menunaikan solat jama' di sini.  Kawasan masjid yang agak besar dan dipenuhi oleh orang - orang asing seperti Arab, Pakistan dan sebagainya. 






















Setelah menunaikan solat, kami memenuhkan perut di sebuah restoran bernama 'Makan Restaurant'.  Ini adalah kali pertama saya mencuba beef bulgogi dan chicken samgyetang dan tersangatlah sedap.  Ini jugalah kali pertama saya mencuba makanan Korea.  Ramai jugalah pelancong luar yang makan disini.  Jika duduk di kawasan Itaewon, tidak perlu risau tentang makanan halal kerana banyak restoran menjual makanan halal.







Sudahlah kenyang, kena pula turun tangga yang banyak.  Ketar lutut!  Sepanjang balik ini, kami sempat makan macaron di area Hongdae.  Saya memang tak sukalah macaron tu, manis sangat!  Aktiviti malam macam biasa, shopping tak ingat.  Oooh jangan lupa, sila cuba makan aiskrim tiramisu di Hongdae.


























Pandai, makan aiskrim time hujan...








Comments

  1. assalamualaikum nak tnya tempat tulisan kaligrafi tulisan korea kat seoul tu mmg dekat area muzium kan. ke kena msuk muzium dlu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      Minta maaf baru terbaca comment. Something wrong dengan notification blog nie. Yup seingat saya, kena masuk muzium dulu, then baru boleh sampai ke tempat kaligrafi tu.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IFSA 2013

Introduction      New Islamic Financial Services Act (ISA) 2013 will be introduced in order to enforce the management of Syariah non-compliance risk and require Islamic financial institutions. It also to ensure that their aim, operation, business, affairs and activities are Syariah compliance .   The objects of this Act are to promote financial stability and compliance with Syariah and this new Act seeks to consolidate the Islamic Banking Act 1983 and the Takaful Act 1984. This new Act will revamp the existing laws on Islamic banking in Malaysia, inter alia:- 1. Definition of Islamic Banking Business       Previously, the definition of "Islamic banking business" in the Islamic Banking Act 1983 were defined as banking business whose aims and operations do not involve any element which is not approved by the religion of Islam. This definition is too general because there is no exact definition of banking business. However, in the new Act, under section 2 of t

I am Drafter: Access and Benefit Sharing Law in Malaysia

Malaysia is in the process of drafting Access and Benefit Sharing Law. The objective of this Bill to implement the objectives under the Convention on Biological Diversity specifically on access to biological resources and the sharing of benefits arising from their utilization. For the purpose of this Bill, the author seeks to propose certain features to include in this Bill. These features are taken from the several countries which already enacted this law under their jurisdiction such as Australia, Costa Rica, Kenya, Bhutan and so on.  Title         This Act shall be called the Access Benefit Sharing Act of Malaysia, 2012 and it shall apply throughout Malaysia Purpose and objectives         This Act shall have the following purposes and objectives: a) to ensure national sovereignty of Malaysia over genetic resources in accordance with relevant National and International Law; b) to ensure the conservation and sustainable use of the biological and ge

DUTIES OF NOMINEE DIRECTORS TO AVOID CONFLICT OF INTEREST: NOMINATOR VS COMPANY

The question of the study is when a conflict arises between the director's duty to the nominator and the duty to the company, who is prevail?  1.0 DEFINITION OF NOMINEE DIRECTOR        A nominee director is a person who is appointed to the board of directors of a company by a certain appointor. The appointor is usually a person with a large shareholding in the company and the nominee represents that appointor's interests. This frequently happens in joint venture companies individuals to sit as directors on its subsidiaries . It is common for a person who has acquired a substantial holding of shares in a company or for a financial institution which has lent a large amount to a company to seek to nominate one or more of the company's board members . 1.1 Types of Nominee Director        Where the nominee does not participate in the day-to-day running of the company, he is regarded as non-executive . In certain circumstances, also be regarded as independent . W