Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

CATATAN SEOUL - HARI KEEMPAT

Dalam drama - drama Korea, kebiasaannya di bumbung - bumbung rumah mereka ada ruangan terbuka untuk taman atau tempat menyidai baju.  Di guesthouse kami pun ada ruangan terbuka yang boleh kita lepak tapi malangnya, temboknya sangat tinggi dan kami terpaksa menjingkit sedikit untuk melihat kawasan sekitarnya.  Pada hari ini, kami akan pergi ke Namsan Tower dan beberapa tempat shopping yang menarik.  Kami menaiki bas untuk ke Namsan Tower dan kita hanya boleh menggunakan T-Money ala - ala Touch N Go kat Malaysia. Gigih menjingkit... Apa - apa jelah perangai sementara nak tunggu bas.. Pelik pun ada, dalam bas pun semangat nak ambil gambar.  Padahal, bas di Korea pun lebih kurang macam RapidKL.  Apa yang menarik di Namsan Tower ialah kita dapat menikmati pemandangan di Seoul dan disepanjang rel - rel besi disana, setiap pasangan meletakkan mangga menandakan mereka mengunci cinta masing - masing.  Pathetic! Malaysia pun sudah ada budaya

CATATAN SEOUL - HARI KETIGA

Untuk hari ketiga, kami banyak menghabiskan masa ke Pulau Nami kerana jarak dari Seoul ke Pulau Nami yang agak jauh.  Rasanya ramai yang sudah tahu kot tentang Pulau Nami ini dan ia menjadi terkenal gara - gara drama Korea, Winter Sonata.  Bagi saya Pulau Nami ini adalah suatu tempat rekreasi yang cantik dan lengkap dengan fasiliti.  Dua jam pun sudah cukup kalau nak round satu pulau melainkan kalau korang jenis setiap sudut pun memang nak bergambar.   Jangan lupa cuba nasi goncang yang rasanya macam makan nasi dengan sambal sardin dan juga kuih pau yang panas.  Pau ke namanya???  Kat Pulau Nami tak ada bunga - bunga, jadi, janganlah berangan sangat nak jumpa sakura ke atau bunga - bunga yang sewaktu dengannya. Ketika dalam perjalanan, kebanyakan kami ini ramai yang berdiri kerana memberi peluang kepada orang - orang tua di Korea untuk duduk.  Adalah ahjumma - ahjumma yang menawarkan diri nak pegangkan beglah sepanjang perjalanan dan mereka juga dengan baik hati memberikan ka