Skip to main content

CATATAN PULAU MABUL - HARI PERTAMA




Bismillahirrahmanirrahim.

Saya telah mencadangkan Pulau Mabul kepada kawan - kawan untuk destinasi percutian kali ini.  Pada awalnya kami pergi bersama 4 orang kawan tetapi akhirnya tinggal 3 orang sahaja.  Sebut sahaja perairan Sabah, ramai yang beristighfar panjang dan tidak menggalakkan kami pergi disebabkan terdapat banyak kes penculikan dan pembunuhan.  Tapi kali ini saya bertekad untuk pergi asalkan mendapat restu ibubapa dan mengambil kira jaminan keselamatan oleh pihak Polis di Semporna.  Sebelum pergi pun, saya sudah membuat panggilan ke Balai Polis Semporna bertanyakan tentang keselamatan di sana dan mereka memberi jaminan bahawa di sana sangat selamat.  Saya amat berterima kasih kepada pihak Balai Polis Semporna yang sudi melayan segala pertanyaan saya dan mereka juga meminta kami menyimpan nombor telefon Balai Polis Semporna jika ada sebarang kecemasan.  Jadi, kepada kawan - kawan yang berada di luar sana, silalah pergi ke perairan Sabah, memang tidak akan rasa menyesal!!


HARI PERTAMA

Pagi - pagi lagi sudah terpacak di KLIA 2 dan kami berhasrat untuk sarapan pagi di dalam kapal terbang tetapi disebabkan tidak membuat tempahan makanan lebih awal, akhirnya maggie cup sahaja menjadi santapan kami.  Alhamdulillah masih ada lagi rezeki untuk kami walaupun terpaks membayar RM 8 untuk semangkuk maggi.  Penerbangan ke Tawau hari ini tidak mempunyai ramai peunumpang, jadi, saya berkesempatan untuk duduk di tepi tingkap sambil melayan perasaan.  Saya mengimaginasikan bahawa lapangan terbang Tawau terletak berdekatan dengan laut, rupa - rupanya ia terletak berada di tengah - tengah ladang kelapa sawit.




 







Selamat sahaja mendarat di lapangan terbang Tawau, kami dijemput oleh seorang Pak Cik untuk ke bandar Semporna, minta maaflah saya sudah lupa nama Pak Cik.  Perkhidmatan pemandu ini diatur oleh pihak Mabul Backpackers sendiri.  Harga tambang pengangkutan dari Tawau  ke Semporna lebih kurang RM 200 per kereta untuk pergi dan balik.  

Perjalanan dari Tawau ke Semporna mengambil masa satu jam setengah dan sepanjang perjalanan kami hanya dihiasi dengan ladang kelapa sawit yang terbentang luas.  Jalannya lurus dan cantik sahaja tetapi ada sesetengah tempat, ada kerja - kerja penurapan jalan sedang dijalankan.  Jadi, bergegarlah kereta dan tidur adalah perkara terbaik masa ini.






Sempat lagi kawan aku seorang ini mengeluarkan duit di pekan Semporna dan untuk pengetahuan, pekan Semporna ini kecil sahaja, besar lagi pekan Masjid Tanah rasanya.  Sampai kami di pekan Semporna, kami meletakkan beg di pejabat Mabul Backpackers yang terletak berdekatan dengan Dragon Floating Inn.  Sementara menunggu bot tiba, kami menikmati makanan laut di sebuah restoran di Dragon Floating Inn.  Makanan laut di snin sangatlah segar dan harganya agak murah berbanding di Semenanjung.


Muka - muka lapor..



Diaorang cari siput kot..





Sayur campur, sotong, udang ngan ketam...

Terdapat beberapa kedai cenderamata di Jeti Floating Inn, bolehlah singgah kalau hendak cari t-shirt, fridge magnet, brooch mutiara dan lain - lain lagi.  Kami hanya akan menjalankan aktiviti membeli - belah usai pulang dari Pulau Mabul nanti.








Pilih baju ke Kak Peeqa..





Disebabkan air dikawasan ini surut, jadi, kami menaiki bot di sebuah perkampungan yang terletak 30 minit dari Jeti Floating Inn dengan menaiki kereta.  Kami menaiki bot bersama - sama dengan 2 orang pelancong yang berasal dari Belanda untuk menuju ke destinasi yang sama.  Nasib baik mereka ini boleh tahan kacaknya, bolehlah menjamu mata.  Bot yang kami naiki ini juga membawa barang - barang dapur yang dibeli di pekan Semporna ke tempat penginapan kami.  Difahamkan dua hari sekali, barang - barang dapur akan di bawa dari pekan Semporna.





Panjang betul jeti kayu ni..



Rumah Bajau Laut








Posing sebelum naik bot..

Dengan perjalanan selama satu jam, kami selamat sampai ke destinasi.  Kami bersyukur kerana Mabul Backpacker ini terletak agak jauh dengan chalet - chalet yang lain, jadi kami dapat menikmati keindahan alam dengan tenang.  Untuk pengetahuan, Mabul Backpackers ini berhadapan dengan open sea dan ia berjauhan dengan chalet atau resort lain.  Ketibaan kami berlima disambut baik oleh krew Mabul Backpackers.  Sampai sahaja, kami diberi sedikit penerangan oleh salah seorang staf di sana iaitu Tahir tentang jadual makan, bilik dan sebagainya.  Bagi sesiapa yang mempunyai bajet rendah tapi ingin tempat yang agak menarik, bolehlah cuba Mabul Backpackers.  Dari segi makanan, pekerja, bilik dan lain - lain semuanya tip top.  Di sini, ada sesetengah bilik tiada tandas di dalam, jadi, kenalah berkongsi bilik air dengan penginap - penginap yang lain.  Tip sebelum buat sebarang tempahan ialah tanya keadaan bilik dahulu.  Kami lebih selesa tidak berkongsi bilik air dan bilik kami juga menghadap laut.




Pemandangan di hadapan bilik kami...biru hijau air laut..

Pemandangan belakang bilik kami..





Dua orang yang terkesima dengan keindahan Pualau Mabul..






Selepas sahaja mandi dan solat maghrib, kami dipanggil oleh staf di sini untuk menikmati makan malam.  Setiap makanan yang dihidangkan di sini dari sarapan sampailah makan malam semuanya sedap - sedap.  Memang baguslah tukang masak kat sini.  Kami menikmati hidangan makan malam sambil dihidangkan nyanyian  staf - staf di Mabul Backpackers.  Di sini memang tiada TV atau wifi percuma, jadi, kalau nak hilangkan rasa bosan, amat disarankan untuk mendengar lagu atau membawa buku.  Line telefon pun agak tidak bagus terutama Maxis.  Bila terputus hubungan dengan media sosial membuatkan kami menghargai waktu - waktu bersama dan menikmati ketenangan Pulau Mabul.



Quote: "I Like To Spend Time With People Who Make Me Forget About My Phone".




Comments

Popular posts from this blog

IFSA 2013

Introduction      New Islamic Financial Services Act (ISA) 2013 will be introduced in order to enforce the management of Syariah non-compliance risk and require Islamic financial institutions. It also to ensure that their aim, operation, business, affairs and activities are Syariah compliance .   The objects of this Act are to promote financial stability and compliance with Syariah and this new Act seeks to consolidate the Islamic Banking Act 1983 and the Takaful Act 1984. This new Act will revamp the existing laws on Islamic banking in Malaysia, inter alia:- 1. Definition of Islamic Banking Business       Previously, the definition of "Islamic banking business" in the Islamic Banking Act 1983 were defined as banking business whose aims and operations do not involve any element which is not approved by the religion of Islam. This definition is too general because there is no exact definition of banking business. However, in the new Act, under section 2 of t

I am Drafter: Access and Benefit Sharing Law in Malaysia

Malaysia is in the process of drafting Access and Benefit Sharing Law. The objective of this Bill to implement the objectives under the Convention on Biological Diversity specifically on access to biological resources and the sharing of benefits arising from their utilization. For the purpose of this Bill, the author seeks to propose certain features to include in this Bill. These features are taken from the several countries which already enacted this law under their jurisdiction such as Australia, Costa Rica, Kenya, Bhutan and so on.  Title         This Act shall be called the Access Benefit Sharing Act of Malaysia, 2012 and it shall apply throughout Malaysia Purpose and objectives         This Act shall have the following purposes and objectives: a) to ensure national sovereignty of Malaysia over genetic resources in accordance with relevant National and International Law; b) to ensure the conservation and sustainable use of the biological and ge

DUTIES OF NOMINEE DIRECTORS TO AVOID CONFLICT OF INTEREST: NOMINATOR VS COMPANY

The question of the study is when a conflict arises between the director's duty to the nominator and the duty to the company, who is prevail?  1.0 DEFINITION OF NOMINEE DIRECTOR        A nominee director is a person who is appointed to the board of directors of a company by a certain appointor. The appointor is usually a person with a large shareholding in the company and the nominee represents that appointor's interests. This frequently happens in joint venture companies individuals to sit as directors on its subsidiaries . It is common for a person who has acquired a substantial holding of shares in a company or for a financial institution which has lent a large amount to a company to seek to nominate one or more of the company's board members . 1.1 Types of Nominee Director        Where the nominee does not participate in the day-to-day running of the company, he is regarded as non-executive . In certain circumstances, also be regarded as independent . W