Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

CATATAN PULAU MABUL - HARI PERTAMA

Bismillahirrahmanirrahim. Saya telah mencadangkan Pulau Mabul kepada kawan - kawan untuk destinasi percutian kali ini.  Pada awalnya kami pergi bersama 4 orang kawan tetapi akhirnya tinggal 3 orang sahaja.  Sebut sahaja perairan Sabah, ramai yang beristighfar panjang dan tidak menggalakkan kami pergi disebabkan terdapat banyak kes penculikan dan pembunuhan.  Tapi kali ini saya bertekad untuk pergi asalkan mendapat restu ibubapa dan mengambil kira jaminan keselamatan oleh pihak Polis di Semporna.  Sebelum pergi pun, saya sudah membuat panggilan ke Balai Polis Semporna bertanyakan tentang keselamatan di sana dan mereka memberi jaminan bahawa di sana sangat selamat.  Saya amat berterima kasih kepada pihak Balai Polis Semporna yang sudi melayan segala pertanyaan saya dan mereka juga meminta kami menyimpan nombor telefon Balai Polis Semporna jika ada sebarang kecemasan.  Jadi, kepada kawan - kawan yang berada di luar sana, silalah pergi ke perairan Sabah, memang tidak akan rasa men