Skip to main content

CATATAN LOMBOK




Bagi kami, Lombok adalah suatu percutian yang mengejut kerana tidak sampai sebulan, kami mengambil masa untuk membeli tiket kapal terbang dan sebagainya. Alkisahnya, masing - masing sudah terasa gatal hendak bercuti.  Setelah membuat sedikit research dan mengambil kira faktor kos, kami mengambil keputusan untuk bercuti selama 3 hari 2 malam di Lombok.

Selalunya, Lombok dikaitkan dengan pulau seribu masjid tapi bagi aku, Lombok adalah "untouched island" dan aku harap ia akan kekal begitu selama - lamanya demi menjaga keaslian Lombok.  Bohonglah kalau kami tidak berasa risau bila pergi ke Lombok kerana media Malaysia selalu mendendangkan cerita - cerita gadis Malaysia di bawa lari ke Lombok.  Bajet cun jelah jejaka - jejaka Lombok nak bawa lari.

 HARI PERTAMA

Tempat pertama yang kami lawati ialah Kampung Sade.  Difahamkan ia adalah perkampungan suku sasak sade yang terbesar di Lombok.  Ini bukan rumah replika tetapi adalah rumah sebenar yang didiami oleh suku sasak.  Kami telah dibawa melawat di sekitar kampung itu oleh seorang lelaki yang menetap disitu.  Selamba dia bawa kami jalan  jalan dengan memakai kain sarung.  Baru diketahui yang lantai rumah dibuat daripada tahi kerbau tapi tak ada bau pun.  Kampung ini agak besarlah, boleh sesat jugalah kalau berjalan di dalam itu keranan bentuk rumah yang seakan - akan sama.


Lombok padi aka tempat menyimpan padi



Dapur

Rumah untuk berbulan madu



Orang suku sasak memakai sarung





















Penduduk Lombok ini masih lagi berpegang kuat dengan adat di mana kisah-kisah melarikan anak dara orang itu adalah sebahagian daripada adat mereka.  Jika seorang lelaki sudah suka kepada seorang perempuan, lelaki itu akan melarikan perempuan itu.  Setelah beberapa hari, barulah pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang kepada keluarga perempuan.  Jika keluarga perempuan bersetuju, maka berlangsunglah upacara pernikahan.  Nasib perempuan itu akan malang jika pihak perempuan tidak bersetuju, perempuan itu akan dianggap tidak suci kerana sudah bermalam di rumah lelaki tersebut walaupun mereka langsung tidak pernah melakukan apa-apa.  Bak kata pepatah melayu, biar mati anak jangan mati adat.

Destinasi kedua kami ialah ke sebuah restoran yang terletak berhampiran dengan Pantai Kuta.  Di sinilah kali pertama mencuba makanan yang terkenal di Lombok iaitu ayam taliwang.  Jangan tanya nama restoran kerana aku sudah tidak ingat.  Apa yang penting, mereka menyediakan makanan dan minuman yang sangat enak.








Sup apa nie??

Selepas mengisi perut, kami pergi ke Pantai Seger yang terletak di Lombok Tengah.  Terdapat monumen Puteri Mandalika di kawasan ini.  Mengikut dongeng orang Lombok, khabarnya Puteri Mandalika ini sangat cantik dan menjadi rebutan putera - putera.  Jadi, untuk mengelakkan peperangan diantara putera - putera ini, Puteri Mandalika membuat keputusan untuk membunuh diri dengan terjun ke dalam laut.  Walaupun dongeng, apalah ke pandai sangat Puteri Mandalika ni pergi bunuh diri.

Di pandai ini terdapat sebuah bukit yang kita boleh mendaki untuk menikmati pemandangan kawasan sekitarnya.  Perutku jadi kejang sebab mendaki bukit lepas makan, Iman lagilah mendaki bukit dengan dress semata - mata hendak melihat pemandangan di Pantai Seger. 


Tutup mata



Aku dengan botol air memang berpisah tiada













Aksi lompat wajib ada





Ramai je kat atas bukit nie..

Ala..senyum2 plak abang belakang tu..

Layan perasaan..





Kami pergi pula ke perkampungan tenun Sukurara di mana orang - orang kampung di Lombok menunjukkan cara - cara untuk bertenun.  Tapi dinasihatkan tak payahlah beli kain - kain di sini sebab lagi mahal dari yang dijual tepi - tepi jalan atau di luar hotel.  Iman bersemangat gila nak mencuba bertenun selepas orang - orang di situ kata, hanya gadis yang sudah pandai bertenun sahaja boleh berkahwin.  Misi hendak mencari jejaka Lombok ke? Sempat pula kami mencuba baju tradisional orang Lombok.  Kenapalah aku selalu dapat kawan yang suka mencuba baju - baju tradisional ini..


Khusyuk..

Awat tangan lagu tu....







Ikutkan kehendak Iman nak pakai baju tradisional..





 Di Lombok, kami menginap di Hotel Puri Saron di mana ia terletak berdekatan dengan pantai.  Hotel ini menggunakan konsep ala - ala bali dimana bilik air dan tandas menggunakan konsep ruang terbuka.  Iaitu konsep mengira bintang ketika berak.  Seram aku hendak menunaikan hajat atau mandi, takut - takut ada yang memerhati dari atas pokok - pokok kelapa.  Kalau hal - hal begini, kita gunakan konsep tawakal sahaja, jika ikutkan perasaan takut, ada yang tak berak dan mandi dua tiga hari.  

Usai sahaja letak beg, kami sudah tidak menyabar untuk melepak di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam.  Bukan senang untuk orang seperti aku yang bekerja pergi dan balik tak nampak matahari ini untuk menikmati ciptaan Ilahi.  Pasir disini berwarna hitam dan ombak yang agak besar, memang tidak sesuai untuk mandi. 






Ehh..macam kura - kuralah..



Pasir hitam..

Di lobi hotel...

Tandas terbuka..

Pada malamnya, kami pergi menjamu selera di sebuah restoran yang aku rasakan sedap makanannya.  Apa nama restoran memang aku tak ingat, yang penting perut aku berisi.  Habis licin makanan kami macam seminggu tak makan.






Disebabkan kepenatan sehari suntuk semalam berjalan, kami telah terlepas peluang menikmati pemandangan matahari terbit.  Tapi kami sempat bersarapan di hotel dan juadah yang dihidangkan agak banyak.  Iman sempat lagi membeli - belah diluar perkarangan hotel, sempatlah memborong kain - kain tenun, kerongsang dan sebagainya dengan harga yang murah.


Ada kolam renang, tapi tak sempat nak terjun...




HARI KEDUA

Veecho, pemandu pelancong kami sudah lama menunggu di luar untuk membawa kami ke Gili Trawangan. Dalam perjalanan, masing - masing mendiamkan diri melihat keindahan Lombok yang masih belum tercemar dengan pembangunan.  Sampai terlintas niat di hati untuk menetap di Lombok.  Sempat kami menyinggah di sebuah villa tinggal yang dinamakan Villa Hantu kerana ia telah lama ditinggalkan.  Villa ini terletak di lereng bukit dan biasanya pelancong akan datang ke sini untuk mengambil gambar.





Sibuk kira duit juta - juta..











Perjalanan diteruskan ke Jeti Teluk Nara untuk pergi ke Gili Trawangan.  Kami membeli sepasang selipar untuk mengelakkan kasut dari basah.  Aku memang tak ingatlah berapa minit perjalanan dari Jeti Teluk Nara ke Gili Trawangan.  Yang penting pihak pengurusan bot tidak mementingkan aspek - aspek keselamatan kerana tiada satu pun life jacket dalam bot kami.  Walaupun kami sudah minta beberapa kali, mereka tetap tidak boleh menyediakan life jacket.  Senang cakap, kalau jadi apa - apa mereka akan selamatkan nona - nona manis.  Hanya tawakal sahajalah.  Jika terjadi apa - apa ditengah laut, sia - sia saja mati katak di tengah laut. 


Birunya air laut..

















Gili Trawangan ini banyak mengingatkan aku dengan Pulau Phi Phi, Thailand tapi rasanya Phi Phi lagi meriah kot dipenuhi dengan pelancong - pelancong asing daripada penduduk pribumi.  Kita boleh pusing pulau ini dengan pelbagai cara seperti menaiki kereta kuda, berbasikal atau berjalan kaki.  Kami memilih untuk berjalan kaki kerana rasa senang nak menyinggah lebih - lebih pula ada orang itu tak pandai naik basikal.  Veecholah orang yang setia menemani kami mengelilingi Gili Trawangan ni sambil memujuk kami membuat aktiviti snorkelling.  Sebenarnya di Gili Trawangan ini banyak sahaja chalet - chalet yang cantik tapi kebanyakan chalet tidak terletak di tepi laut.  Jadi, kalau rasa nak terjun ke laut tu, kita kena seberang jalan dulu baru terus terjun ke laut.
















Foreigners bersidai...



Cute anak penyu



Akhirnya setelah beberapa minit berjalan mengelilingi pulau, kami membuat keputusan untuk membuat aktiviti glass bottom boating selepas habis meronda.  Kami hanya tengok hidupan dasar laut melalui lantai bot.  Aku ingatkan besarlah cermin tu rupanya kecil jer itupun cermin dia tak berapa jelas dan sudah agak - agak kelabu, tapi kami layankan sahaja.


Sambil menunggu bot..



Kecilkan cermin dia..







Khusyuk katanya..







Ramai yang snorkelling

Lepas sahaja buat glass boating, kami melepak dulu di tepi pantai sambil menunggu makanan tengahari siap.  Kalau sudah duduk tepi laut, tak sahlah kalau tak pesan air kelapa.  Syok betul minum air kelapa sambil menikmati pemandangan laut yang cantik dengan pasir yang putih.  Jangan tanya apa nama gerai ini tapi dia memang tepi pantai dan makanan pun sedap.  Apa pasal semua makanan aku rasa sedap, ke aku memang spesis kaki makan yang jenis tolak batu dengan pasir.  Lagi satu aku pelik kadang - kadang dengan sikap pemandu pelancong, mereka akan menolak ajakan untuk makan bersama dengan pelanggan.  Aku bukan apa, sebab aku tak nampak bila mereka ni makan dan memang pasti mereka pun penat melayan perangai kami yang sengal.

Dengan Veecho..



Termenung memikirkan masa depan..







Iman ajar guna selfis stick..

Ehhh udanglah..

Berat rasa bila hendak tinggalkan Gili Trawangan.  Jika diberi kesempatan lagi, aku akan menginap satu malam di Gili dan juga membuat aktiviti menyelam di Lombok.  Balik pun naik bot yang sama sebab kami tiada pilihan.











Destinasi kami yang seterusnya ialah melawat kawan Iman di Pusuk Monyet.  Kalau tanya aku, memang tiada bezalah monyet Malaysia dengan Indonesia tapi disebabkan sudah ada dalam jadual, kami layankan sahaja.  Siap beli kacang lagi untuk bagi monyet - monyet makan.  Comel tengok keletah beliau.






Setelah bagi beliau - beliau makan, kami menuju ke beberapa tempat seperti kedai mutiara, kedai labu sayung dan sebagainya sebelum pergi makan malam.  Aku tak tahu mutira yang dijual tu adalah tulen atau palsu tapi harganya agak mahal.  Jadi, aku temankan sahajalah Iman membeli mutiara.  Ada rantai, gelang, subang, kerongsang dan sebagainya.  Iman membeli dua utas gelang mutiara yang cantiklah sangat dari pandanganku.  Konsep aku senang sahaja dalam bab membeli - belah ni, "ada duit senang belanja".

Di sepanjang perjalanan, kami terlihat beberapa penduduk tempatan membawa atau menjunjung periuk di atas kepala.  Mengikut kata Veecho, selalunya ada berlaku kematian atau perkahwinan.  Kebiasaannya para tetamu yang hadir akan membawa hadiah atau barang makanan untuk membantu keluarga pemunya majlis.  Adat atau amalan ini amat bagus diterapkan terutamanya waktu kematian ketika keluarga si mati sedang berduka.  Tidak seperti Malaysia, kebiasaannya keluarga si mati yang akan menyediakan makanan untuk tahlil dan memberi tetamu makan.  Siap ada yang kutuk lagi jika makanan itu tidak sesap dan sebagainya.


Sibuk pilih..


Disebabkan kami masih banyak lagi waktu untuk makan malam, Veecho membawa kami makan sate dan nasi impit di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam.  Kedai ini kepunyaan keluarga orang Muslim dan mereka menyediakan pondok - pondok sebagai tempat makan.  Rasa sate dan kuah kacang sama sahaja tapi kuah kacangnya agak pedas sikit dan keesokannya aku mengalami sakit perut.  Huahuahauahua...






Belum sempat sate nak turun dalam perut, kami mengisi lagi dengan makanan yang lain.  Restoran ni memang paling best sebab dia menjual makanan laut iaitu makanan kegemaran aku.  Tapi kami tiada gambar makananlah dan harganya agak murah.  Restoran ini dimiliki oleh pasangan yang suaminya warga cina Malaysia dan isterinya berasal dari Lombok.  Memang terbaiklah makan malam kami dihiasi dengan lilin.  Romantik gitu.  Pada waktu - waktu terkahir ini aku banyak melamun perasaan dan berbual sedikit dengan Veecho tentang cita - cita dan masa depannya.  Ternyata anak muda kelahiran Lombok ini mempunyai cita - cita yang besar untuk membangunkan keluarga dan juga ingin meneroka dunia seperti bung Hamka.  Semoga impian engkau tercapai.










Keesokaannya sempat lagi kami membeli - belah buat kali terakhir di luar hotel bagi menghabiskan duit indon yang berjuta - juta tu.  Eh, sambung lagi membeli - belah di lapangan terbang.  Ynag membeli dan membelah ini merujuk kepada Iman yer.  Sebenarnya banyak pengalaman dan benda yang menarik yang aku hendak ceritakan dalam blog tapi aku akan simpan untuk catatan peribadi sendiri.  Untuk penduduk Lombok, silalah jaga Lombok dengan baik supaya tidak tercemar dengan pembangunan yang tidak munasabah.








Dengan pemandu kami..




Matanya melilau sahaja...


Comments

  1. terima kasih sudah berkunjung ke lombok :)

    ReplyDelete
  2. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWAKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN

    PAKEJ KAMI DESIGN SANGAT MENARIK, HEMAT DENGAN LAYANAN BEST, PASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNIT KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA, PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE ) TAK ADA EXTRA BAYAR.
    HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPOR
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.

    SERVICES TERMASUK :
    1. TRANSPORT
    2. PEMANDU PELANCONGAN
    3. HOTEL 3 BINTANG
    4. BREAKFAST 3X
    5. MAKAN TENGAH HARI 3X
    6. DINNER 3X
    7. SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    8. KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    9. MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA HUBUNGI DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : TIARATOURSINDONESIA@GMAIL.COM.
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL


    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IFSA 2013

Introduction      New Islamic Financial Services Act (ISA) 2013 will be introduced in order to enforce the management of Syariah non-compliance risk and require Islamic financial institutions. It also to ensure that their aim, operation, business, affairs and activities are Syariah compliance .   The objects of this Act are to promote financial stability and compliance with Syariah and this new Act seeks to consolidate the Islamic Banking Act 1983 and the Takaful Act 1984. This new Act will revamp the existing laws on Islamic banking in Malaysia, inter alia:- 1. Definition of Islamic Banking Business       Previously, the definition of "Islamic banking business" in the Islamic Banking Act 1983 were defined as banking business whose aims and operations do not involve any element which is not approved by the religion of Islam. This definition is too general because there is no exact definition of banking business. However, in the new Act, under section 2 of t

I am Drafter: Access and Benefit Sharing Law in Malaysia

Malaysia is in the process of drafting Access and Benefit Sharing Law. The objective of this Bill to implement the objectives under the Convention on Biological Diversity specifically on access to biological resources and the sharing of benefits arising from their utilization. For the purpose of this Bill, the author seeks to propose certain features to include in this Bill. These features are taken from the several countries which already enacted this law under their jurisdiction such as Australia, Costa Rica, Kenya, Bhutan and so on.  Title         This Act shall be called the Access Benefit Sharing Act of Malaysia, 2012 and it shall apply throughout Malaysia Purpose and objectives         This Act shall have the following purposes and objectives: a) to ensure national sovereignty of Malaysia over genetic resources in accordance with relevant National and International Law; b) to ensure the conservation and sustainable use of the biological and ge

DUTIES OF NOMINEE DIRECTORS TO AVOID CONFLICT OF INTEREST: NOMINATOR VS COMPANY

The question of the study is when a conflict arises between the director's duty to the nominator and the duty to the company, who is prevail?  1.0 DEFINITION OF NOMINEE DIRECTOR        A nominee director is a person who is appointed to the board of directors of a company by a certain appointor. The appointor is usually a person with a large shareholding in the company and the nominee represents that appointor's interests. This frequently happens in joint venture companies individuals to sit as directors on its subsidiaries . It is common for a person who has acquired a substantial holding of shares in a company or for a financial institution which has lent a large amount to a company to seek to nominate one or more of the company's board members . 1.1 Types of Nominee Director        Where the nominee does not participate in the day-to-day running of the company, he is regarded as non-executive . In certain circumstances, also be regarded as independent . W