Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

CATATAN LOMBOK

Bagi kami, Lombok adalah suatu percutian yang mengejut kerana tidak sampai sebulan, kami mengambil masa untuk membeli tiket kapal terbang dan sebagainya. Alkisahnya, masing - masing sudah terasa gatal hendak bercuti.  Setelah membuat sedikit research dan mengambil kira faktor kos, kami mengambil keputusan untuk bercuti selama 3 hari 2 malam di Lombok. Selalunya, Lombok dikaitkan dengan pulau seribu masjid tapi bagi aku, Lombok adalah "untouched island" dan aku harap ia akan kekal begitu selama - lamanya demi menjaga keaslian Lombok.  Bohonglah kalau kami tidak berasa risau bila pergi ke Lombok kerana media Malaysia selalu mendendangkan cerita - cerita gadis Malaysia di bawa lari ke Lombok.  Bajet cun jelah jejaka - jejaka Lombok nak bawa lari.  HARI PERTAMA Tempat pertama yang kami lawati ialah Kampung Sade.  Difahamkan ia adalah perkampungan suku sasak sade yang terbesar di Lombok.  Ini bukan rumah replika tetapi adalah rumah sebenar yang didiami oleh suku