Skip to main content

CATATAN BEIJING



HARI PERTAMA


Kali ini kami mengikut destinasi pilihan mak iaitu Beijing. Emak teringin sangat nak pergi ke Tembok Besar China, takpelah layankan jer. Benda yang paling saya tak suka kalau pergi ke KLIA 2 nie ialah gate dia terlampau jauh kadang-kadang, susah kot orang - orang tua nak berjalan ke sana walaupun ada perkhidmatan kerusi roda.

Macam biasa untuk saya kalau pergi tempat yang baru mesti akan duduk di tepi tingkap untuk menikmati pemandangan bentuk muka Beijing tapi malangnya kami memang sampai di Beijing pada pukul 1.12 am dengan suhu 16c, lampu - lampu jer yang kelihatan.

Disambut oleh Tour Guide bernama Mr. Dear dan seorang pemandu yang sangat cool iaitu Mr. Xiang. Perjalanan dari lapangan terbang ke Tian Shun Hotel mengambil masa selama 30 minit. Untuk pengetahuan, hotel ini bertaraf empat bintang standard tempatan bukannya antarabangsa. Mengikut Mr. Dear, Beijing mempunyai 18 districts dan populasi penduduk di Beijing sahaja sebanyak 26 juta iaitu bersamaan dengan penduduk di Malaysia. Pergh, punyalah besar Beijing nie.

Google pic


Google pic


Yang menariknya Beijing tidak mempunyai aktiviti - aktiviti malam kerana semua kedai dan kelab malam tutup awal. Kelab malam hanya beroperasi sampai pukul dua pagi sahaja. Mengikut Mr. Dear, ini adalah salah satu cara kerajaan China mengawal masyarakat atau pemuda - pemuda mereka dari sebarang gerakan menentang kerajaan.

Bagi saya, ada pro dan kontranya bila kerajaan China membuat dasar begitu kerana secara literalnya dapat mengurangkan gejala sosial seperti yang berlaku di Malaysia di mana remaja Malaysia merempit, melepak di dataran - dataran dan sebagainya. Tapi dalam masa yang sama, kerajaan China telah mengongkong pemikiran rakyat daripada gerakan menentang kerajaan. Rakyat seharusnya mempunyai kebebasan untuk menyuarakan pendapat dan mengguling kerajaan yang sedia ada jika kerajaan itu mengamalkan rasuah, tiada integriti, tidak telus seperti yang berlaku di Malaysia sekarang.


HARI KEDUA


Pagi ini kami sarapan di bilik sahaja dengan berbekalkan roti gardenia, daging serunding, kek chiffon dan buah - buahan disebabkan kami tidak berapa yakin dengan makanan yang disediakan oleh pihak hotel walaupun tour guide kata halal.

Mr. Dear mengambil kami di hotel pada pukul 10.30 am dan suhu ketika itu ialah 17c. Sejuk tahap gaban dahlah memang tak bawa jaket. Bajet kulit buaya masing -masing.










Depa tunggu bas


Tempat persinggahan kami yang pertama ialah Niujie Muslim Supermarket dimana ia adalah pasaraya Muslim yang terbesar di Beijing. Semua makanan halal insyaAllah ada. Kami membeli roti buku kismis dan setengah kilo anggur. Anggurnya besar dan manis, kat Malaysia tak pernah jumpa anggur jenis itu. Memang geram tengok sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar dan jarang dijumpai di Malaysia. Semua ini adalah produk buatan negara China, takkan jumpanya 'Made in Malaysia' yup. Harga pula kira murahlah.

Di tingkat dua pasaraya tersebut terdapat food court orang Muslim Beijing. Kira macam jual nasi campurlah. Mak dan ayah tak berapa suka sangat makan disitu kerana sedikit kotor. Kat situ, saya paling suka diaorang masak daging black pepper dan cili benggala. Pergh, memang sedap, sampai kat Malaysia terus cari resipi. Tapi taste langsung tak sama.








Siap bahasa arab

Food Court



Makan pun dah sudah, kami pergi ke Masjid Niujie yang berdekatan dengan pasaraya tersebut. Jalan kaki jer dah boleh sampai. Alhamdulillah dapat menunaikan solat Zohor di masjid tersebut. Disebabkan kerajaan China yang anti Islam, orang Muslim disini mempunyai batasan untuk mengamalkan ajaran Islam seperti tidak boleh membela janggut, azan hanya di perkarangan masjid sahaja dan sebagainya. Masjid ini sangat besar dan bersenibinakan cina. Tempat solat perempuan jauh ke belakang, kasihan pada emak yang terpaksa berjalan jauh. Mereka ada sediakan telekung tapi bukan telekung macam kita tapi ala - ala lab coat yang berwarna putih.









Dewan Solat Lelaki

Selesai solat, kami pergi pula ke Tian An Men Square iaitu sebuah dataran yang luas. Tak masuk pun ke dalam tu, hanya tangkap gambar di area tu sahaja. Sepanjang perjalanan di Beijing ini disajikan dengan bunga - bunga berwarna pink.















Pergh..baju penjara

Seterusnya kami pergi ke Forbidden City iaitu sebuah istana pada zaman Dinasti Ming. Bila tengok istana tu mula terasa nak buka kung fu macam Jet Li. Kawasan Forbidden City ni sangatlah luas, jadi kami menaiki kereta sightseeing ke Forbidden City.  Kena bayarlah berapa yuan tapi tak ingatlah seorang berapa. Punyalah ramai orang, jadi kenalah beratur dengan orang - orang Cina ni tapi diaorang ni tak ada disiplin, berrebut - rebut. Sama je macam orang Malaysia bila naik komuter. Ehh??








Mak sampai selsema...sejuk























Suatu perkara yang perlu dikongsi ialah kalau kita ke China mengikut agensi perlancongan, semua pelancong diwajibkan untuk melawat ke compulsory shops yang telah ditetapkan oleh kerajaan China termasuk juga pelancong dari dalam negara mereka sendiri. Beberapa tahun yang lepas pergi ke Guangzhou, kami dipaksa untuk masuk ke compulsory shops. Mereka mempunyai strategi yang sama iaitu memberi penerangan tentang produk - produk, kemudian dipaksa pergi ke show room untuk membeli - belah. Masa ni dia punya pujuk, menipu dan sebagainya memang terbaik. Nasib baik kami ni hati sekeras batu, terus cakap langsung tak berminat. Mereka akan letak harga yang tinggi dan kita sebenarnya boleh tawar dengan harga yang rendah gila dan cakaplah korang tak ada duit ke atau sebagainya, memang diaorang akan bagi harga yang korang nak tu. Tapi bergantung kepada kedai yup.

Kedai pertama yang kami masuk ialah 'Kedai Herba'. Mula - mula staf dia datang beri penerangan tentang herba dan memberi penerangan tentang kehebatan herba sambil merendam kaki dalam air herba. Tiba - tiba masuk Profesor dia dan pengurut kaki. Dengan bantuan penterjemah, Profesor ni akan tilik kesihatan kita melalui muka dan tapak tangan. Lepas dia diagnosis kita sakit apa, dia pun promotelah produk - produk yang ada. Bila kita kata tak nak beli dengan memberi pelbagai alasan, terus berubah muka Profesor dan pengurut kaki mula memerlahankan urutan dan hanya mengurut kakiku sebelah kaki sahaja. Aish, nampak benar tak ikhlas nak beri servis. Aku siap tanya diaorang ada buat research apa?, ada publish tak research tu?, research backed by govt? where is your lab? produk ada jual kat Malaysia tak? ehh macam - macam lagilah soalan yang aku tanya tapi satu jawapan pun tak memuaskan hati aku. Maybe produk diaorang bagus tapi aku paling pantang kalau taktik business yang macam ni.

Kedai kedua ialah 'Silk Factory' dimana kami skip penerangan pasal sutera ni sebab sama jer penerangan dia dekat Guangzhou. Terus masuk showroom dan emak pun menyambar sepasang kain sutera. Aku memang tak beli sebab tak yakin itu kain sutera. Kain tu keras kot, tak sama macam kita beli kat Gulatis atau sutera terengganu. Shawl pashmina pun ada dijual tetapi mahal kot, murah lagi dekat Jalan TAR dengan material yang sama.

Selepas dah kena tipu dengan orang - orang China ini, kami di bawa makan malam di sebuah restoran Muslim yang berdekatan dengan hotel kami. Boleh jalan kaki je balik hotel. Merasalah makan shish kambing, sedap kot!! 

Before naik bilik, pergilah minta iron di reception counter, terkejut beruk sebab charge pinjam iron sampai RM 30 kot. Baik saya beli iron baru je bawa balik Malaysia.


HARI KETIGA


Hari ini adalah yang paling saya tertunggu - tunggu sekali sebab dapat menjejakkan kaki ke Tembok Besar China. Kalau tak silap panjangnya adalah 6000 km, masa ni terfikir bagaimana orang - orang dulu dapat membuat tembok sepanjang ni dan bagaimana mereka memecahkan batunya. Aku panjat pun tak sampai 1km, penat! Benda yang paling dikesalkan bila sampai ke sini ialah dapat menaiki cable car seperti dalam show Running Man. Rupa - rupanya nak pergi ke Tembok Besar ni ada beberapa pintu, jadi, siapa yang nak pergi ke Tembok Besar ni sila siasat dulu.

Kawasan ni memang berangin, sejuk terasa sampai kat tulang. Emak siap pinjam jaket pemandu kami. Kawasan ni banyak kedai souvenir shop, jadi sempatlah kami menyambar sehelai dua  t- shirt untuk anak buah kesayangan Maleeq dan Sofea. Disarankan jangan masuk ke tandas awam disini, barangsiapa yang masuk alamatnya akan mengalami muntah - muntah dan histeria yang teruk.






Jaket pinjam ehh mak..


Souvenir shops



















Ramai pelancong panjat Tembok Besar China


Saya memang salutelah orang - orang tua ni, masih gagah lagi..














Bunga apa pun xtaw..








Selepas itu, kami singgah di sebuah Muslim restoran yang agak berdekatan di Tembok Besar China. Restoran ini mempunyai dua tingkat, tingkat atas untuk Muslim dan tingkat yang bawah ialah untuk non - Muslim dan difahamkan dapur mereka juga diasingkan. Restoran ini mempunyai kemudahan surau yang sangat selesa dan ada seorang staf yang boleh saya panggil mak ciklah sangat membantu dengan menolong mengambilkan air wudhuk untuk kami, menyusun selipar, mengambil telekung dan sebagainya. Mak cik ni adalah seorang Muslim kerana bila saya member salam, dia menjawab salam saya dengan makhraj yang betul dan penuh. Saya sempat menghulurkan duit kepada dia tanda berterima kasih saya kepada dia.

Di dalam restoran itu terdapat sebuah kedai kecil menjual cenderamata seperti alas meja, alas kotak tisu dan lain - lain lagi. Saya beli 10 helai kotak tisu dengan harga 5 yuan sehelai.

Pada hari ini juga kami pergi ke 'compulsory shops' yang lain seperti Jade Shop, Crystal Shop dan Tea Shop. Seperti yang telah diberitahu diatas, mereka menggunakan taktik perniagaan yang sama. Contohnya, dia jual harga cincin RM 1k, lepas tu bila kami tawar sampai dapat RM 15 sahaja. Agak - agak koranglah, berapa harga sebenar cincin tu sebenar?? Kasihan juga kepada meereka yang pernah kena tipu dengan diaorang ni. Merecik hawau!!

Petang tu, kami pergi ke menonton persembahan akrobatik di sebuah auditorium yang besar. Ada lebih kurang 11 persembahan dan seperti di panggung wayang, penjualan bertih jagung pun ada. Kami difahamkan semua akrobater ni dibawah unur 20 tahun tapi mereka ini dimekapkan untuk nampak dewasa dan matang. Bagi saya persembahan yang paling menarik adalah bila 7 atau 8 motor berada di dalam sebuah tempat bulat di mana mereka boleh tidak berlanggar antara satu sama lain dan ketika ini, semangat kerjasama adalah sangat penting.




















HARI KEEMPAT


Tempat pertama pada hari terkahir ialah 'Bamboo Shop' dimana terdapat produk yang dibuat daripada buluh seperti tuala, sarung tangan, span, seluar dalam pun ada. Mereka kata produk buluh ni lagi bagus dari cotton. Yeke? Tak tahulah pula.

Singgah pula di 'Jewelry Shop' dimana diaorang ni jual emas, jade dan kristal. Tiba - tiba datang pulak manager dia berpakaian vogue gila, kononnya boleh bagi harga manager. Cadangnya mereka nak meluaskan perniagaan mereka dan akan membuka cawangan di Malaysia. Hurrrm, layankan je lah. Siap cakap muka saya sebiji macam pelakon Hong Kong lagi. Muka saya sama ngan Shu Qi kan??





Lepas sahaja makan tengahari, kami singgah solat di Masjid Nan Dou Ya dan ditepi masjid tu terdapat kedai kecil menjual daging halal. Masjid tak adalah sebesar masjid yang kami pergi hari tu tapi kawasan dia sangat bersih.




Jejakkan kaki pula ke Olympic Park yang kawasannya sangat luas. Stadium dia berbentuk Bird Nest dan pada malamnya, stadium itu akan berwarna - warni dihiasi dengan lampu. Memang sangat cantik. Di kawasan Olympic Park ni terdapat satu kedai cenderamata bawah tanah. Katanya banyak pelancong datang ke situ sebab murah dan sempatlah menyambar fridge magnet dan drone.













Sebelum balik ke Malaysia, sempat singgah di Silk Street, dapatlah saya mencari long coat yang di idam -idamkan tu dengan harga yang murah dan berpatutuan. Cakap jer nak style apa atau warna apa, memang diaorang ada. Style kat sini macam ala - ala Vietnam iaitu korang kena tawar dengan harga yang mengarut, kalau dia tak bagi korang blah jer, pasti diaorang akan panggil balik. Kedai terlampau banyak, jadi banyak persaingan.

p/s: Banyak gambar saya tak upload terutama ketika pergi ke 'Compulsory Shops


Comments

  1. Salam Siti... siti guna agent apa ya.. boleh share?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Ummi,

      Minta maaf lambat reply, saya baru perasan ada comment. Saya guna khidmat Zahafiz Travel di Shah Alam.

      Delete
    2. Boleh google website Zahafiz Travel, takpun boleh berhubung sendiri dengan staf Zahafiz iaitu Pn. Hidayah, 019 - 367 0611. Selalunya saya selalu liaise dengan Pn. Hidayah.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IFSA 2013

Introduction      New Islamic Financial Services Act (ISA) 2013 will be introduced in order to enforce the management of Syariah non-compliance risk and require Islamic financial institutions. It also to ensure that their aim, operation, business, affairs and activities are Syariah compliance .   The objects of this Act are to promote financial stability and compliance with Syariah and this new Act seeks to consolidate the Islamic Banking Act 1983 and the Takaful Act 1984. This new Act will revamp the existing laws on Islamic banking in Malaysia, inter alia:- 1. Definition of Islamic Banking Business       Previously, the definition of "Islamic banking business" in the Islamic Banking Act 1983 were defined as banking business whose aims and operations do not involve any element which is not approved by the religion of Islam. This definition is too general because there is no exact definition of banking business. However, in the new Act, under section 2 of t

I am Drafter: Access and Benefit Sharing Law in Malaysia

Malaysia is in the process of drafting Access and Benefit Sharing Law. The objective of this Bill to implement the objectives under the Convention on Biological Diversity specifically on access to biological resources and the sharing of benefits arising from their utilization. For the purpose of this Bill, the author seeks to propose certain features to include in this Bill. These features are taken from the several countries which already enacted this law under their jurisdiction such as Australia, Costa Rica, Kenya, Bhutan and so on.  Title         This Act shall be called the Access Benefit Sharing Act of Malaysia, 2012 and it shall apply throughout Malaysia Purpose and objectives         This Act shall have the following purposes and objectives: a) to ensure national sovereignty of Malaysia over genetic resources in accordance with relevant National and International Law; b) to ensure the conservation and sustainable use of the biological and ge

DUTIES OF NOMINEE DIRECTORS TO AVOID CONFLICT OF INTEREST: NOMINATOR VS COMPANY

The question of the study is when a conflict arises between the director's duty to the nominator and the duty to the company, who is prevail?  1.0 DEFINITION OF NOMINEE DIRECTOR        A nominee director is a person who is appointed to the board of directors of a company by a certain appointor. The appointor is usually a person with a large shareholding in the company and the nominee represents that appointor's interests. This frequently happens in joint venture companies individuals to sit as directors on its subsidiaries . It is common for a person who has acquired a substantial holding of shares in a company or for a financial institution which has lent a large amount to a company to seek to nominate one or more of the company's board members . 1.1 Types of Nominee Director        Where the nominee does not participate in the day-to-day running of the company, he is regarded as non-executive . In certain circumstances, also be regarded as independent . W