Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

CATATAN BEIJING

HARI PERTAMA Kali ini kami mengikut destinasi pilihan mak iaitu Beijing. Emak teringin sangat nak pergi ke Tembok Besar China, takpelah layankan jer. Benda yang paling saya tak suka kalau pergi ke KLIA 2 nie ialah gate dia terlampau jauh kadang-kadang, susah kot orang - orang tua nak berjalan ke sana walaupun ada perkhidmatan kerusi roda. Macam biasa untuk saya kalau pergi tempat yang baru mesti akan duduk di tepi tingkap untuk menikmati pemandangan bentuk muka Beijing tapi malangnya kami memang sampai di Beijing pada pukul 1.12 am dengan suhu 16c, lampu - lampu jer yang kelihatan. Disambut oleh Tour Guide bernama Mr. Dear dan seorang pemandu yang sangat cool iaitu Mr. Xiang. Perjalanan dari lapangan terbang ke Tian Shun Hotel mengambil masa selama 30 minit. Untuk pengetahuan, hotel ini bertaraf empat bintang standard tempatan bukannya antarabangsa. Mengikut Mr. Dear, Beijing mempunyai 18 districts dan populasi penduduk di Beijing sahaja sebanyak 26 juta iaitu bersamaan d