Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

CATATAN PULAU MABUL - HARI KEDUA

Pagi - pagi lagi kami sudah semangat untuk memulakan aktiviti tapi apa - apa hal pun kenalah ambil sarapan dulu.  Benda yang paling menarik ialah kami sarapan sambil ditemani angin yang sepoi - sepoi bahasa.  Disebabkan keadaan angin yng agak kuat, aktiviti snorkeling kami ditangguhkan pada pukul 9.30 pagi.  Seharusnya pada hari ini kami akan pergi snorkeling ke 5 tempat di sekitar Pulau Mabul.  Jadi, sambil menunggu angin reda, kami berswafoto dulu bagi menghilangkan bosan.   Nampak sangat muka x mandi pagi.. Sweetnya Wardah.. Resort yang panjang tu adalah Billabong Resort Tengah merenung masa depan.. Disebabkan kami tiada Go Pro dan kamera yang seumpama dengannya, jadi, segala kenangan - kenangan yang di dalam air memang hanya terpahat di dalam hati dan kepala sahaja.  Tiada kata yang layak diucap selain menyebut Subhanallah sahaja apabila melihat keindahan hidupan di dalam laut.  Dalam pada waktu itu memang terf

CATATAN PULAU MABUL - HARI PERTAMA

Bismillahirrahmanirrahim. Saya telah mencadangkan Pulau Mabul kepada kawan - kawan untuk destinasi percutian kali ini.  Pada awalnya kami pergi bersama 4 orang kawan tetapi akhirnya tinggal 3 orang sahaja.  Sebut sahaja perairan Sabah, ramai yang beristighfar panjang dan tidak menggalakkan kami pergi disebabkan terdapat banyak kes penculikan dan pembunuhan.  Tapi kali ini saya bertekad untuk pergi asalkan mendapat restu ibubapa dan mengambil kira jaminan keselamatan oleh pihak Polis di Semporna.  Sebelum pergi pun, saya sudah membuat panggilan ke Balai Polis Semporna bertanyakan tentang keselamatan di sana dan mereka memberi jaminan bahawa di sana sangat selamat.  Saya amat berterima kasih kepada pihak Balai Polis Semporna yang sudi melayan segala pertanyaan saya dan mereka juga meminta kami menyimpan nombor telefon Balai Polis Semporna jika ada sebarang kecemasan.  Jadi, kepada kawan - kawan yang berada di luar sana, silalah pergi ke perairan Sabah, memang tidak akan rasa men