Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Sesi Memecah Lemak di FRIM

Hurmm..tak tahulah sudah beberapa kali saya sudah menjejakkan kaki ke FRIM ni. Biasanya bila ke sini mesti dengan orang-orang yang berbeza. Sempena meraikan kepulangan interns ke negara masing-masing, kami melepaklah sekejap di FRIM. Untuk pengetahuan, Teresa dari Jerman tapi lupalah pula nak tanya dia ni ada abang tak bernama Miroslav Klose atau Ballack dan Loubna pula datang dari Maghribi.  Loubna dan Teresa Macam biasa masing-masing akan bawa makanan untuk disantap bila lapar nanti, ada yang bawa sandwich, buah, nugget dan sebagainya. Pergh memang saya terasa pancit naik kat bukit FRIM nie. Malas bersenam inilah jadinya, mulalah tercungap-cungap minta oksigen. Teresa siap bawa Ukulele ke gitar ke, tak tahulah apa namanya.  Loubna slumber with dress and handbag Kalau dah datang FRIM ni mestilah kena naik canopy walkway tu. Ramai pula orang hari ni, tapi layan jelah. Tapi nampaknya canopy tu dah macam uzur sikit, so, FRIM, kena buatlah penamb

Belajar Membaca Label Makanan # Health Awareness #

Dulu, saya bukanlah orang yang sangat menjaga pemakanan tapi sejak-sejak umur dah menginjak lewat 20-an ini, kesedaran itu datang dengan tiba-tiba. Nasib baik di pejabat ada menganjurkan kelas kesihatan, "LiveFitto100". Kelas ini bukan di ajar berdiet tapi mengajar cara mengambil pemakanan dengan betul. Untuk hari ini, kami diajar oleh Puan Roshni cara untuk belajar membaca label makanan dari segi kandungan karbohidrat, gula dan sodium. Ada makanan yang dulu saya rasa banyak khasiat tapi bila pandai membaca makanan rupanya makanan itu mempunyai banyak kandungan gula contohnya madu dan air yogurt kesukaan saya. Kalau dulu saya hanya menitik beratkan tarikh pembuatan dan pelupusan sesuatu produk tapi sekarang saya mula menitikberatkan kandungan makanan. Walaupun saya bukanlah orang yang ekstrim dalam menjaga pemakanan tapi serba sedikit dengan ilmu yang ada, ia mengubah corak pemakanan saya. Kadang-kala boleh berjam-jam dalam pasar raya sebab meniliti kandungan makana