Skip to main content

CATATAN PADANG - BUKIT TINGGI: HARI KETIGA



Esoknya selepas sarapan kami terus check out dari hotel kerana akan bermalam di bandar Padang yang berdekatan dengan lapangan terbang. Muka2 happy nak sambung berjalan.





Destinasi pertama pada hari ini ialah Ngarai Sianok iaitu lembah curam yang terletak di tengah-tengah bandar Bukit Tinggi ini. Kawasan ini berdekatan sahaja dengan hotel kami. Mengikut guide kami, di Ngarai Sianok ni ada trek jogging, boleh menikmati pemandangan sambil berjogging.


 
Kawasan nie banyak monyet..erk apsal satu monyet pun xde dalam pic


Latar belakang gunung berapi



Lepas tu kami masuk ke Lobang Jepang iaitu terowong hasil tinggalan Jepun pada sekitar tahun 1940 an. Nak masuk ini kena bayar dan kena bayar extra untuk guide di Lobang Jepang yang memberikan penerangan. Guide kami ialah Pak Indra, baik dan cilik sahaja orangnya.


Elok sangat muka TCDTM tu

Betul-betul dihadapan pintu masuk


Tapi tempat ini tak mesra orang tua dan pengguna wheel chair disebabkan mempunyai berpuluh anak tangga untuk masuk ke lobang ini. TCDTM memang tak ingat berapa panjang lobang ini tapi panjanglah gak. Mengikut Pak Indra, walaupun pernah terjadi gempa bumi, orang yang berada di dalam ini tidak merasa pun gegarannya. Wah, betapa hebatnya jurutera2 Jepun ini mencipta lobang ini.

Banyak anak tangga, ini baru permulaan jer..



Di permulaan lobang ini, kerajaan Indonesia telah simenkan dinding lobang ini tapi ini mendatangkan kemarahan pencinta-pencinta sejarah kerana telah merosakkan dinding asalnya. Lobang ini tidak bergema disebabkan orang-orang Jepun ini membuatnya lekukan di dinding-dinding lobang ini. Siapa yang belajar fizik tahulah. 



Lekukan di dinding lobang

Pak Indra

Gaya apa pun boleh


Tayang ketiak

Pandai buat tanduk yer ngeng

Tayang ketiak lagi


Terdapat beberapa bahagian di dalam lubang ini seperti dapur, penjara dan sebagainya. Penjara ini telah ditutup oleh pihak kerajaan Indonesia kerana ramai pelawat yang mengalami demam dan histeria selepas masuk ke penjara ini kera ia adalah tempat tentera Jepun menyeksa banduan. Tetapi bagi TCDTM, ini semua masalah lemah semangat. 

Di bahagian dapur ini terdapat lubang rahsia pihak Jepun untuk melupuskan mayat. Lubang itu tembus sampai ke sungai.



Untuk keluar dari lubang itu, kami keluar menggunakan pintu yang lain dimana guide kami sudah menunggu dengan van.

Lubang mayat! Erkkk ader sampahlah plak


Selesai melawat, kami pergi ke satu-satunya rumah yang masih mengekalkan ciri-ciri Minangkabau. Kebetulan sepanjang perjalanan, kami dapat melihat perkahwinan orang Minangkabau. Mereka meletakkan kadbod bunga-bunga di luar dewan atau rumah sebagai ucapan tahniah. 






Berdekatan dengan rumah ini, kami dibawa melawat ke kedai silver. Tapi kami masuk sekejap sahaja sebab kami tidak berminat dengan silver malah harganya mahal pula.



Lawa rumah nie, tepi sawah plak...
 
Singgah sebentar di sebuah kedai menjual kopi. Macam-macam jenis kopi ada. Di sebelah kedai tu terdapat kedai menjual barangan kulit. Ada yang memborong jaket dan wallet. Tak tahulah asli ke tak.

 
Gembiranya muka ngeng...







Nampak tak masjid...


Sambung lagi perjalanan ke Tasik Maninjau tapi tidak sampai ke bawah pun, kami singgah di sebuah kedai pekena apam labu. Pergh sedap!!


Tasik Maninjau

Apam labu! Banyak gak kitaorang sental


Kami pun singgah makan di sebuah restoran dalam perjalanan ke Padang tapi tak ingat namanya apa. Tapi masa ni semua dah muak makan masakan Padang. Hahaha. Banyak lauk tak habis. 

Banyaknya lauk




Tak cukup makan nasi, pergi pula beli bika atau kuih neraka. Kenapa dipanggil kuih neraka?? Jawapnnya ia dibakar di dalam kayu api yang panas. Sedap kot terutama bila makan waktu panas. Kuih nie bentuknya macam lempeng pisang lah. Erk, yeke bentuk dia macam tu.  

Chef Bika

Jangan judge daripada rupa







Di pertengahan perjalanan, kami singgah di air terjun tapi tak pergi dekat pun sebab semua dah malas nak turun. Asal tangkap gambar sudah. Kami hanya tangkap gambar di atas sebuah jambatan gantung yang macam dah uzur. Seram! Tak adalah lawa sangat air tejun tu, kat Malaysia banyak lagi yang lawa. Hahaha..


Muka ade air liur basi masing2


Jambatan Siti Nurbaya pun kami tidak mengambil gambar. Bagi TCDTM, cerita Siti Nurbaya ini tidak seharusnya dijadikan teladan kerana Siti Nurbaya ini bukannya serikandi malah dia membunuh diri kerana terpaksa berkahwin dengan Datuk Belanda tu. Teman lelakinya, Shamsu Bahri ke Saiful Bahri pula pengecut melarikan diri ke Malaysia meninggalkan Siti Nurbaya. 



Tapi malam tu terbaik, kami pergi makan ikan bakar dan restorannya betul-betul terletak di tepi pantai sambil di dendangkan karaoke yang suara ala-ala Broery Marantika. 

Santai!!



Uishh besarnya mulut!!


Esoknya awal-awal subuh kami sudah siap bersarapan untuk pergi ke lapangan terbang. Tidak pernah-pernah sarapan pukul 6 pagi. 



Alhamdulillah semua sampai dengan selamat. Perjalanan kali ini sangat best sebab dapat bonding balik dengan group legends dan Ngeng sambil melihat ciptaan kebesaran Ilahi. TCDTM mencadangkan semua pembaca blog ini untuk pergi ke Padang-Bukit Tinggi menghirup udara yang segar dan aman. 




Ehem..ehem, tekak gatal!!



Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IFSA 2013

Introduction      New Islamic Financial Services Act (ISA) 2013 will be introduced in order to enforce the management of Syariah non-compliance risk and require Islamic financial institutions. It also to ensure that their aim, operation, business, affairs and activities are Syariah compliance .   The objects of this Act are to promote financial stability and compliance with Syariah and this new Act seeks to consolidate the Islamic Banking Act 1983 and the Takaful Act 1984. This new Act will revamp the existing laws on Islamic banking in Malaysia, inter alia:- 1. Definition of Islamic Banking Business       Previously, the definition of "Islamic banking business" in the Islamic Banking Act 1983 were defined as banking business whose aims and operations do not involve any element which is not approved by the religion of Islam. This definition is too general because there is no exact definition of banking business. However, in the new Act, under section 2 of t

I am Drafter: Access and Benefit Sharing Law in Malaysia

Malaysia is in the process of drafting Access and Benefit Sharing Law. The objective of this Bill to implement the objectives under the Convention on Biological Diversity specifically on access to biological resources and the sharing of benefits arising from their utilization. For the purpose of this Bill, the author seeks to propose certain features to include in this Bill. These features are taken from the several countries which already enacted this law under their jurisdiction such as Australia, Costa Rica, Kenya, Bhutan and so on.  Title         This Act shall be called the Access Benefit Sharing Act of Malaysia, 2012 and it shall apply throughout Malaysia Purpose and objectives         This Act shall have the following purposes and objectives: a) to ensure national sovereignty of Malaysia over genetic resources in accordance with relevant National and International Law; b) to ensure the conservation and sustainable use of the biological and ge

DUTIES OF NOMINEE DIRECTORS TO AVOID CONFLICT OF INTEREST: NOMINATOR VS COMPANY

The question of the study is when a conflict arises between the director's duty to the nominator and the duty to the company, who is prevail?  1.0 DEFINITION OF NOMINEE DIRECTOR        A nominee director is a person who is appointed to the board of directors of a company by a certain appointor. The appointor is usually a person with a large shareholding in the company and the nominee represents that appointor's interests. This frequently happens in joint venture companies individuals to sit as directors on its subsidiaries . It is common for a person who has acquired a substantial holding of shares in a company or for a financial institution which has lent a large amount to a company to seek to nominate one or more of the company's board members . 1.1 Types of Nominee Director        Where the nominee does not participate in the day-to-day running of the company, he is regarded as non-executive . In certain circumstances, also be regarded as independent . W