Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

CATATAN PADANG - BUKIT TINGGI: HARI KEDUA

Sudah menjadi kemestian TCDTM untuk sarapan sejak kecil lagi lagi-lagi bila sudah bayar, kita kenalah makan. Hampir semua lauk TCDTM bantai. Muka-muka bangun tido Pagi-pagi lagi kami sudah singgah ke pasaraya kerana hendak membeli pewangi ketiak disebabkan pewangi kawan-kawan TCDTM sudah dirampas oleh pihak kastam di KLIA 2. Pesanan TCDTM kepada pembaca blog, sebelum menaiki pesawat pastikan dulu berapa banyak kandungan cecair yang dibawa.  Pagi ini Pak Agung bawa lagi kami ke butik sulaman, katanya supaya perabih duit. Nama butik nie memang TCDTM tidak ingat tapi dialah satu-satunya butik yang TCDTM jumpa jual tudung sulam tepi.   Nak menyulam ke Kin, menjahit pun hang x lepas.. Kami bergambar berhadapan dengan butik   Pemandangan di belakang butik.. Di belakang butik tu ader kolam ikan Gadis litar Kemudian, kami pergi ke Istana Pagaruyung yang memang halus seni ukirannya dan kalau tidak silap TCDTM ada tig