Skip to main content

CATATAN HO CHI MINH CITY



Destinasi pelancongan kali ini ialah Ho Chi Minh City, Vietnam.  Kami telah memilih Zaufan Travel Agency Sdn Bhd sebagai travel agensi di Ho Chi Minh.

Hari Pertama:

Flight kami pukul 9.10 am, jadi, kami telah bertolak dari rumah dalam pukul 6.30 am selepas solat subuh.  Kami menaiki KLIA Taxi (Innova) dengan tambang berharga RM 120 dari Shah Alam ke LCCT. Dari Malaysia ke Ho Chi Minh penerbangan hanya mengambil masa selama satu jam lebih. 

Posing dulu di LCCT
Ho Chi Minh Airport









Sampai di sana kami telah disambut oleh dua orang pemandu pelancong iaitu Mr. Khairy Sons and Mr. Nam yang sangat-sangatlah friendly dan baik.  Mereka boleh berbahasa Inggeris dan Melayu.  Kami di bawa ke Hotel Hong Gia Huy dan difahamkan setiap perjalanan, kami akan menaiki van Mercedez Benz yang dipandu oleh Mr. Xang.


Pengantin Vietnam
 
Di hadapan Hotel..hujung jalan nie jer dah jumpa Benh Tanh Market

Selepas check in hotel, kami makan tengahari di Kampung Melayu Restaurant yang berdekatan dengan hotel.  Makanan halal di sini sangat mahal disebabkan susah nak dapat bekalan halal tetapi sedap.  Pekerja di restoran dan hotel boleh berbahasa inggeris dan ada juga yang pandai berbahasa melayu.

Nasi goreng vietnam
ikan kerapu goreng

Bil..mahal sih...
Jus avokado ngan strawberi sedap giler..

Selepas makan, kami dibawa melawat sekitar bandar Ho Chi Minh City yang sibuk tapi bersih.  Destinasi pertama kami ialah Hard Rock Cafe.  Kepada peminat-peminat Hard Rock bolehlah kot pergi beli barang-barang kat situ tapi kami ni hah kat Malaysia pun tak pernah jejak Hard Rock Cafe.

Jalan-jalan pula ke Post Office Ho Chi Minh. Kami jalan kaki jer, tak jauh pun.  Reka bentuk pos office ni sangat unik, ala-ala English style tapi sangatlah berbeza dengan pos malaysia sebabnyer kita tak perlu ambil nombor giliran.

Dalam pos office


Berhadapan dengan post office ni ialah Notre Dam atau gerejalah senang citer tapi kami tak melawat lah kat dalam tu. Tengok-tengok kat luar jer.

Itu lah dier Notre Dam
My bro with Mr. Nam
Meeting tepi jalan
Lepas tu, kami pergi pula ke City Hall of Ho Chi Minh City, ia adalah pejabat kerajaan. Pelancong dan orang awam tidak dibenarkan berada berdekatan dengan pejabat kerajaan tu.  So, kami hanya taking picture dari jauh jer.  Dihadapan City Hall nie plak ada taman tugu peringatan Presiden Vietnam yang membawa kepada kemenangan dalam peperangan antara Amerika dan Vietnam.  Rakyat Vietnam nie sangat sayang dengan Presiden diaorang, so, sebagai tanda peringatan, dieorang akan letakkan bunga di hadapan tugu.

City Hall

Ntah pape dieorang nie..
Tugu Presiden Vietnam

Hari pertama kami diakhiri dengan membeli-belah di beberapa butik di Ho Chi Minh seperti Vietname Silk, Hong Anh Collection dan lain-lain lagi.  Orang kata Hong Ang ni murah dan berkualiti tapi bagi kami, pakaian di sana sangat mahal dan kain-kainnya keras.  Bagi kami Vietnam Silk nie lagi murah dan kain-kainnya berkualiti.  Hurrm, x taw lah...

Kak Da bz memilih..
Rambang mata sampai baju pun x sempat buka..


Hari Kedua:

Tak sah kalo pergi Ho Chi Minh kalau kita tidak melawat ke Chu Chi Tunnels.  Setiap pelawat akan bergerak secara berkumpulan dan ada seorang gerila vietnam akan memberi penerangan tentang tunnels nie.  So,  kami telah join sekumpulan bekas tentera pengaman Amerika yang datang ke Vietnam untuk meraikan kebebasan Vietnam dari Amerika.  Chu Chi Tunnels nie panjangnya 250 km.  Disebabkan hanya saya, abang dan kakar ipar saja yang orang Malaysia dalam kumpulan tu, gerila tu siap buat lawak dalam bahasa melayu yang tunnels nie boleh tembus sampai KL.  Cehh, sengalnyer Viet Kong. Tapi remark yang paling best dari Viet Kong ni ialah "We never think we won this war because we lost so many people.  We lost 1 millions soldiers and 2 millions civilians".


One of the traps


Ilang dah Viet Kong tu..
Ingatkan busut rupanya lubang ventilation larhh..
Ada shooting place..


Viet Kong nie pandai ckp Malay
Dijamu dengan teh dan ubi kayu..
Itu kuih beras..nipis gila..dieorang catu time war
Berwudhuk jap..
Apa dikesalkan ialah saya telah termakan aiskrim buatan Vietnam yang dibelanja oleh pemandu pelancong ketika melawat Chu Chi Tunnels nie. Tak taw r aiskrim tu halal ke tak..Huuu..Agak - agak, mulut kita boleh samak x???

Bila dah lapor, kami pergi makan di Restoran Banana Leaf.  Restoran nie sangat sedap dan yang paling penting kalau nak tahu sama ada restoran tu halal atau tak, di hadapan restoran tu mesti ada tanda halal.  Kat restoran nie, dieorang siap pasang lagu Malay contohnya lagu Siti Nurhaliza dan beberapa penyanyi Indonesia yang lain.



Sepanjang saya berada di Vietnam, semua jenis tandas telah saya redah tak kiralah kat restoran, shopping complex tapi semuanya bersih.  Agak - agak kalau dieorang tengok tandas kita pun tak selera agaknya.  Hah, sambung citer balik, lepas makan, kami pun pegi ke Masjid Al-Rahim untuk menunaikan ibadat.


Aksi ini tidak boleh diikut


Petang-petang cam nie biasalah sambung shopping di Saigon Square dan Tax Centre. Saigon Square nie biasa dikunjungi oleh orang Vietnam.  Beware sikit kat sini coz banyak pencuri.  Pemandu pelancong kami pernah ditegur oleh seorang peniaga di sini coz tidak menjaga keselamatan kami dengan baik.  Saigon Square nie takdelah murah sangat tapi dikira murahlah berbanding harga di Malaysia. T-shirt pun kainnya sedap tapi malas sangat nak shopping kerana orang terlampau ramai.  Kalau di Tax Centre nie pula ala - ala Sogo di Malaysia, jual barangan branded tapi mahallah barangan branded tu.  Even sama jenama kat Malaysia tapi harga dier lagi mahal. 

Tax Centre..rmi org Vietnam amek pic kat cni..pelik..

Aktiviti malam kami ialah pegi ke 'Night Market' yang terletak berhadapan dengan Benh Thanh Market.  Di sini banyak jual barang-barang murah seperti t-shirt, baju kurung, kain pasang, beg dan banyak lagi.  Tips membeli-belah di Vietnam ialah peniaga - peniaga kat sini memang akan letak harga mengarut kat barang tu, so, kita pun mesti tawar dengan harga mengarut.  Kalau diaorang xnak bagi, korang blah jer, kalo diaorang panggil balik means dieorang sanggup jual benda tu ngan korang.



Eh..Amy Mastura lah...
Lagi satu, kalo xnak beli benda, jangan gatal - gatal pegang barang tu ker atau gatal nak menawar, sure korang kena marah nanti..hahaha..Kat sini semua barang boleh bargain even makanan sekalipun bak kata pemandu pelancong kami.

Hari Ketiga:-

Hari yang nie paling best coz kami pergi ke countryside of Ho Chi Minh iaitu Delta Mekong. Jauh perjalanan dari bandar ke Delta Mekong ialah lebih kurang 50 km dan kami melalui highway.  So, sepanjang perjalanan kita dapat melihat sawah padi yang meluas.  Yang menariknya dalam setiap petak ada kubur.  Mengikut kepercayaan orang Vietnam kubur nenek moyang itu boleh menambah rezeki dan menyuburkan sawah padi.


Sampai di jeti Delta Mekong, kami telah membeli topi untuk melindungi kepala dari kena pokok nipah nanti.  Satu bot yang panjang tu dinaiki oleh kami sekeluarga sahaja.  Sungai Mekong tu macam lautlah, berombak-ombak.  At last dapat juga tengok Sungai Mekong, dulu - dulu baca kat buku Geografi jer..

Jeti Delta Mekong
Macam belalang lah...

Besar bot kami mcm nie lah...


Mr. Khairy Sons (pemandu pelancong)
Pemandu bot membawa kami ke suatu pulau yang dipenuhi dengan pokok buah longan. Sampai jer kat pulau tu, kami dibawa ke tempat perusahaan madu.  Dia ader jual royal jelly, dalam satu botol kecil RM 36 yang konon-kononnya boleh mencantikkan kulit. Diaorang siap hidangkan teh madu lagi...sedap sih.


Teh + madu+royal jelly+limau= thumbs up...
Then, diaorang bawa kat tempat perusahaan gula kelapa.  Kita boleh tengoklah camne diaorg buat gula - gula tu, macam - macam perisalah ada.

Dier adun gula tu kat situ gak...
Ckp jer nak perisa aper..
Lepas dah beli gula - gula , diaorang bawa kami menikmati hidangan buah-buahan tempatan Vietnam sambil mendengar persembahan nyanyian gadis - gadis Vietnam yang comel. Adalah dalam 3/4 lagu, so, kalau kita datang dari Malaysia, dieorang akan nyanyi satu lagu Malay.  Kalau korang dari Jepun, dieorang akan nyanyi lagu Jepun yang latest.  Ari tu, diaorang nyanyi lagu 'Anak Kampung by Jimmy Palikat', hah, terkejut beruklah kami coz diaorang wat research lagu apa yang tengah famous kat Malaysia skang nie.

Cute jer amoi2 nie..

Bakul merah tu bakul duit tips
Then, kami kena lalu denai - denai dengan kebun kecil untuk pergi ke jeti naik sampan. Lebih kurang 5-10 minit jalan kaki.  Setiap sampan maksimum boleh naik 3 orang penumpang sahaja dengan 2 orang pendayung.




Sampan nie terus hantar kami ker bot besar balik.  Di dalam bot, kami diberi setiap seorang sebiji kelapa mawar. Ooohh..wangi giler air dier..






Dengan ini berakhirnya trip kami di Vietnam.  Untuk malam dan hari keempat kami shopping gila - gila untuk habiskan semua duit Vietnam yang ada.  Penulis telah menghabiskan duit sebanyak RM 300, banyak barang juga penulis dapat seperti 2 pasang baju kurung cotton vietnam, 2 helai shawl half moon, 2 t-shirt lengan panjang, 2 t-shirt lengan pendek, 1 helai tracksuit, 3 beg Vietnam, 1 sling and waist pouch bag deuter dan 3 topi...

Baju kurung tu kat Malaysia harga dia RM 120 ke atas tapi kat Vietnam harga dia RM 45. Yang shawl kat Malaysia harga dia lebih kurang RM 45-50 tapi di Vietnam harganya RM 16.

So, kepada family, relatives, kawan2...silalah pergi ke Vietnam. I'll give Gred A+ to Ho Chi Minh City. Superb!!!!

Comments

  1. sengal la ko ni mate....hehe :P anywy,very informtive & nice story...ni yg wt i rasa cm nk hneymoon kt vietnam nih... so VIETNAM,I'M COMING!!!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape yg sengal...hahhaa..if honeymonn tempat yg sejuk2 ckit..

      Delete
  2. Boleh email no travel agent ke ajesaz7276@gmail.com.tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IFSA 2013

Introduction      New Islamic Financial Services Act (ISA) 2013 will be introduced in order to enforce the management of Syariah non-compliance risk and require Islamic financial institutions. It also to ensure that their aim, operation, business, affairs and activities are Syariah compliance .   The objects of this Act are to promote financial stability and compliance with Syariah and this new Act seeks to consolidate the Islamic Banking Act 1983 and the Takaful Act 1984. This new Act will revamp the existing laws on Islamic banking in Malaysia, inter alia:- 1. Definition of Islamic Banking Business       Previously, the definition of "Islamic banking business" in the Islamic Banking Act 1983 were defined as banking business whose aims and operations do not involve any element which is not approved by the religion of Islam. This definition is too general because there is no exact definition of banking business. However, in the new Act, under section 2 of t

I am Drafter: Access and Benefit Sharing Law in Malaysia

Malaysia is in the process of drafting Access and Benefit Sharing Law. The objective of this Bill to implement the objectives under the Convention on Biological Diversity specifically on access to biological resources and the sharing of benefits arising from their utilization. For the purpose of this Bill, the author seeks to propose certain features to include in this Bill. These features are taken from the several countries which already enacted this law under their jurisdiction such as Australia, Costa Rica, Kenya, Bhutan and so on.  Title         This Act shall be called the Access Benefit Sharing Act of Malaysia, 2012 and it shall apply throughout Malaysia Purpose and objectives         This Act shall have the following purposes and objectives: a) to ensure national sovereignty of Malaysia over genetic resources in accordance with relevant National and International Law; b) to ensure the conservation and sustainable use of the biological and ge

DUTIES OF NOMINEE DIRECTORS TO AVOID CONFLICT OF INTEREST: NOMINATOR VS COMPANY

The question of the study is when a conflict arises between the director's duty to the nominator and the duty to the company, who is prevail?  1.0 DEFINITION OF NOMINEE DIRECTOR        A nominee director is a person who is appointed to the board of directors of a company by a certain appointor. The appointor is usually a person with a large shareholding in the company and the nominee represents that appointor's interests. This frequently happens in joint venture companies individuals to sit as directors on its subsidiaries . It is common for a person who has acquired a substantial holding of shares in a company or for a financial institution which has lent a large amount to a company to seek to nominate one or more of the company's board members . 1.1 Types of Nominee Director        Where the nominee does not participate in the day-to-day running of the company, he is regarded as non-executive . In certain circumstances, also be regarded as independent . W