Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

RIVERSIDE JANDA BAIK

Hari itu satu family telah pergi berkelah di Janda Baik, Pahang.  Dah lama kitaorang satu family tak pergi berkelah bersama di sungai, rasa-rasanya yang last time pergi time before Kak Zana kahwin.  Adalah dalam 6 atau 7 tahun yang dulu.  Well, just nak promote sikit Riverside Janda Baik nie menyediakan kemudahan yang bagus dengan adanya pondok.  3 jenis pondok, yangg dua tingkat, setingkat tapi kayu dan setingkat tapi batu.  Pilihlah yang mana satu dan harga setiap tu berbeza k.. Owner tanah tu pun ada menyediakan tempat bakar - bakar, tandas, sewa pelampung dan surau yang bersih.  Yang bestnyer kereta boleh diletakkan berdekatan dengan pondok.  So, orang yang fussy macam abang saya tu tak perlu risau keadaan keretanya coz kita boleh pantau dari semasa ke semasa... B4 mandi makan dulu... Yang paling excited sekali mestilah budak kecik yang baju hijau tu..Siap dance lagi.  Banyak gila makanan yang kitaorg bawa seperti nasi putih, sambal sotong, ikan kicap, timun, me

CATATAN HO CHI MINH CITY

  Destinasi pelancongan kali ini ialah Ho Chi Minh City, Vietnam.  Kami telah memilih Zaufan Travel Agency Sdn Bhd sebagai travel agensi di Ho Chi Minh. Hari Pertama: Flight kami pukul 9.10 am, jadi, kami telah bertolak dari rumah dalam pukul 6.30 am selepas solat subuh.  Kami menaiki KLIA Taxi (Innova) dengan tambang berharga RM 120 dari Shah Alam ke LCCT. Dari Malaysia ke Ho Chi Minh penerbangan hanya mengambil masa selama satu jam lebih.  Posing dulu di LCCT Ho Chi Minh Airport Sampai di sana kami telah disambut oleh dua orang pemandu pelancong iaitu Mr. Khairy Sons and Mr. Nam yang sangat-sangatlah friendly dan baik.  Mereka boleh berbahasa Inggeris dan Melayu.  Kami di bawa ke Hotel Hong Gia Huy dan difahamkan setiap perjalanan, kami akan menaiki van Mercedez Benz yang dipandu oleh Mr. Xang. Pengantin Vietnam   Di hadapan Hotel..hujung jalan nie jer dah jumpa Benh Tanh Market Selepas check in hotel, kami makan tengahari di Kampung Melayu