Terpanggil nak menulis tentang Legends apabila membelek gambar-gambar lama ketika belajar dulu. Pergh, rasa macam baru semalam kami pergi berkelah ke Port Dickson dan ini juga adalah kali pertama legends berkelah bersama-sama. Yang bagus dengan Legends ni, bila nak buat sesuatu semua akan bagi kerjasama dan insyaAllah semua plan akan menjadi. Dari hari Jumaat lagi dah cari barang nak pergi berkelah dengan ayamnya, mee, nugget dan lain-lain. Pagi-pagi lagi budak Legends perempuan dah mula memasak tapi gambar tengah memasak takdelah censored kot. Semua pakat berjanji kat stesen minyak pukul 8 pagi tapi macam biasalah janji Islam dah jadi janji melayu memang lambatlah diaorang ni sampai terutama budak-budak lelaki kecuali Along dengan Anod. Sementara tunggu tu, kami pun berkelahlah dulu kat stesen minyak. Sampai jer kat Port Dickson, cari kawasan dulu nak lepak mana. Budak-budak laki plak pergi beli arang dan ada yang main bola. Sebaik datang pagi-pagi, tak ...