Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2021

Rekod Belanjawan Kita

RFA Journey

Mula rasa sakit lower back dan kaki sebelah kiri ketika kandungan mencecah usia 7 bulan dan ada ketikanya sakit sampai tidak boleh berjalan iaitu berjalan dengan menggunakan tongkat. Selepas baring 2 atau 3 jam dan tuam air panas ditempat sakit, barulah rasa sakit hilang dan kembali berjalan seperti biasa. Saya pergi ke klinik biasa ketika sakit dan doktor kata kemungkinan sakit disebakan pembawakan budak dan perut sudah besar. Disebabkan mengandung, doktor tidak boleh memberi sebarang ubat melainkan paracetamol dan MC untuk 1 hari. Ketika itu hanya terfikir sakit disebabkan saya tiap - tiap hari akan berulang - alik jalan kaki dari MRT Muzium Negara sampai ke Stesen Komuter, KL Sentral, vice versa. Siapa yang pernah melalui jalan itu tahulah berapa jauh nak menapak. Rasa sakit masih ada sampailah sudah melahirkan anak dan anak sudah mencecah umur 7 bulan, rasa sakit itu muncul balik dan tidak boleh berjalan seketika. Anak sudah mula berat pada umur 7 bulan dan sebagai seorang ibu, ki

Catatan Felda Residence Hot Spring, Sungkai

Sudah lama staycation kami di Felda Residence Hot Spring, Sungkai Perak. Kebiasaannya kami akan menginap di vila yang mempunyai tiga (3) bilik. Vila ini mempunyai kolam air panas / atau jakuzi di tengah - tengah dan dikelilingi dengan bilik tidur, ruang tamu dan juga dapur. Untuk bahagian dapur, sangat bolehlah kalau kita hendak memasak yang simple - simple sahaja. Yang paling seronok, budak - budak keciklah sebab boleh main air atau mandi kolam sepanjang waktu dan air pun hangat sahaja. Jadi, kalau mandi malam - malam tidaklah sejuk sangat. Selain itu, pihak hotel juga ada sediakan kemudahan taman tema air dan boleh dimasuk oleh pengunjung luar dan dikenakan bayaran. Bagi pengunjung Felda Residence, bayaran ke taman tema air tidak dikenakan. Dah x menyabar nak celup - celup kaki..  - Happiness Is Taking  A Long Warm Bath -