Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

Rekod Belanjawan Kita

RFA Journey

Mula rasa sakit lower back dan kaki sebelah kiri ketika kandungan mencecah usia 7 bulan dan ada ketikanya sakit sampai tidak boleh berjalan iaitu berjalan dengan menggunakan tongkat. Selepas baring 2 atau 3 jam dan tuam air panas ditempat sakit, barulah rasa sakit hilang dan kembali berjalan seperti biasa. Saya pergi ke klinik biasa ketika sakit dan doktor kata kemungkinan sakit disebakan pembawakan budak dan perut sudah besar. Disebabkan mengandung, doktor tidak boleh memberi sebarang ubat melainkan paracetamol dan MC untuk 1 hari. Ketika itu hanya terfikir sakit disebabkan saya tiap - tiap hari akan berulang - alik jalan kaki dari MRT Muzium Negara sampai ke Stesen Komuter, KL Sentral, vice versa. Siapa yang pernah melalui jalan itu tahulah berapa jauh nak menapak. Rasa sakit masih ada sampailah sudah melahirkan anak dan anak sudah mencecah umur 7 bulan, rasa sakit itu muncul balik dan tidak boleh berjalan seketika. Anak sudah mula berat pada umur 7 bulan dan sebagai seorang ibu, ki

Catatan Felda Residence Hot Spring, Sungkai

Sudah lama staycation kami di Felda Residence Hot Spring, Sungkai Perak. Kebiasaannya kami akan menginap di vila yang mempunyai tiga (3) bilik. Vila ini mempunyai kolam air panas / atau jakuzi di tengah - tengah dan dikelilingi dengan bilik tidur, ruang tamu dan juga dapur. Untuk bahagian dapur, sangat bolehlah kalau kita hendak memasak yang simple - simple sahaja. Yang paling seronok, budak - budak keciklah sebab boleh main air atau mandi kolam sepanjang waktu dan air pun hangat sahaja. Jadi, kalau mandi malam - malam tidaklah sejuk sangat. Selain itu, pihak hotel juga ada sediakan kemudahan taman tema air dan boleh dimasuk oleh pengunjung luar dan dikenakan bayaran. Bagi pengunjung Felda Residence, bayaran ke taman tema air tidak dikenakan. Dah x menyabar nak celup - celup kaki..  - Happiness Is Taking  A Long Warm Bath -

Resipi Kek Butter Oren

Saya nak abadikan resipi kek butter oren turun-temurun dari emak saya tapi resipi ini pun emak belajar dari orang lain juga. Bahan - bahan: Butter (250 g) 1 gelas gula (Note: kalau xnak manis sangat, 3/4 pun dah okay) 4 biji telur 1 sudu kecil esen vanila 2 gelas tepung naik sendiri/ superfine flour 1 sudu kecil baking powder 1 biji oren sunkist (kulitnya diparut & airnya diperah sebagai jus) Bahan lain: Kacang badam atau walnut sebagai penyeri Cara - cara: Pukul butter dan gula sampai kembang Dah kembang, masukkan semua bahan-bahan yang lain satu-persatu Taburkan badam atau walnut diatas permukaaan kek Bakar kek didalam oven mengikut suhu yang sesuai Resipi dia sangat mudah dan hasilnya tidak pernah mengecewakan lagi untuk kami sekeluarga. Selamat mencuba! - Baking Is My Therapy -

It's Time To Say Farewell

Thank you for sharing your knowledge and experience with me. Working with each of you has been a true privilege.  Thank you for helping me through my time here and thank you in advance for keeping in touch. My very best to each of you. - I'm Leaving -

Kebun Durianku

Throwback pictures 10 tahun yang lalu bila kali pertama pokok durian di kebun kami belajar berbuah. Memang best sangat kot tengok buah-buah durian bergayut di dahan. Rasa macam tiap-tiap minggu nak balik kampung. Semoga Allah berikan kami rezeki lagi untuk menikmati hasil buah-buahan di kebun. - Savour The Taste Of Kings -