Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

CATATAN TAMAN NEGARA - HARI PERTAMA

Usai pukul 7.30 pagi, kami sudah berkumpul di Lower Lobby Entrance, Hotel Istana untuk ke Taman Negara.  Menaiki van untuk ke BandarJerantut dan jumlah keseluruhan ada 11 orang termasuk pemandu van.  Bila dalam van, kerja aku hanya tidur dan tidur terutama sepanjang Lebuhraya Karak.  Mengantuklah sebab kena bangun pagi.  Sepanjang perjalanan kami hanya berhenti sebentar di Exit Toll Jerantut, sempatlah kami ke tandas dan membeli sedikit makanan untuk kudap - kudap.   Van kami... Ada dua cara untuk pergi ke Mutiara Resort Taman Negara iaitu sama ada menaiki bot dari Jeti Kuala Tembeling selama 3 jam ke Taman Negara atau menaiki van sampai ke Jeti Kuala Tahan dan seterusnya menaiki bot ke seberang sungai untuk ke Mutiara Resort Taman Negara.  Acah - acah hendak mencabar, kami memilih menaiki bot dari Jeti Kuala Tembeling. Sampai sahaja di Jeti Kuala Tembeling, kami makan tengahari dulu dan dikehendaki membayar permit masuk dan permit kebenaran handphone serta kamera.  Ka