Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

CATATAN SEOUL - HARI PERTAMA

Akhirnya saya membuat keputusan untuk menjejakkan kaki ke negara Korea Selatan iaitu home-ground kepada Bigbang, Family Outing dan Running Man. Saya bukanlah peminat setia K- Pop tapi produser - produser TV di Korea Selatan sangat pandai mengiklankan kecantikan negara mereka berbanding kita di Malaysia.   Bertolak seawal pagi dengan menaiki penerbangan AirAsia dan saya bersama dua orang lagi kawan telah memilih Group Travel Ala - Ala Backpacker.  Kumpulan saya mempunyai seramai 8 orang dewasa dan kami dikehendaki berkumpul didepan pintu masuk KLIA2 untuk mendengar penerangan ringkas dari pihak syarikat pelancongan.  Di situlah saya baru mengenali 6 orang ahli yang lain dan mereka ini mempunyai latar belakang yang sangat berbeza dengan saya.  Ehh, tiba - tiba sudah dapat 8 orang kawan baru (Mak Cik Shaihah, Kak Hasnah, Farhan, Shairah, Mira & Ecah). Selesai sudah taklimat, kami bersurai dan membuat haluan masing - masing.  Yang penting, kami seramai 8 orang akan mena