Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

Amir Meninggalkan Kami

Tahniah Amir kerana mendapat tawaran kerja yang lebih baik.  Semoga berjaya dan dapat menimba pengalaman yang baru, manalah tahu suatu hari nanti mendapat rezeki yang baik untuk jadi Head of Islamic Product.  Saya juga patut berterima kasih kepada Amir kerana menjadi kawan sekerja yang baik. Apalah yang digebang Kak Sya.. Hari - hari terakhir bersama Amir di TedBoy Saadiq colleagues.. - TO FEAR CHANGE IS TO FEAR BEING CHALLENGED.  TO FEAR BEING CHALLENGED IS TO FEAR GROWTH AND NEW POSSIBILITIES -

Mencari Haru Satonaka di Sunway Pyramid

Masa zaman universiti dulu, aku dan kawan - kawan memang suka hendak mencuba perkara - perkara baru.  Jadi, kami membuat keputusan untuk mencuba luncur ais di Sunway Pyramid disebabkan terinspirasi daripada cerita "Pride" lakonan Takuya Kimura dan Yuko Takeuchi.  Dengan harapan kalau jadi "Aki Murase" mana tahu terjumpa "Haru Satonaka" di sini.   Kami siap beli sarung tangan takut - takut sejuk padahal mainnya pun tidaklah pandai sangat.  Kalau tanya harga msuk bermain luncur ais memang sudah tak ingatlah, rasanya harga sekarang mungkin lagi mahallah kot.   Asyik - asyik jatuh tapi ia adalah perkara yang normal untuk orang yang pertama kali.  Apa yang pasti, siapa yang pandai atau pernah bermain "roller blade" akan berasa senang disebabkan ia memerlukan kemahiran yang sama iaitu pandai mengimbangkan badan.  Alhamdulillah, emak dengan ayah dulu pernah belikan "roller blade". Terbaiklah Kak Nad, siap pakai jub

CATATAN PULAU MABUL - HARI KETIGA

Pada pagi ini, semua berasa berat untuk pulang ke Semenanjung.  Jalan pun sudah terasa longlai dan kalaulah boleh, mahu tambah sebulan lagi duduk di Pulau Mabul.  Disebabkan hari ini, angin agak kuat, jadi, perjalanan bot kami ditangguhkan.  Kami bersantai di ruang makan Mabul Backpackers sementara menunggu bot tiba. With Tahir, our diving master... Kebiasaanya di Pulau Mabul, ada orang - orang bajau laut yang akan datang di setiap chalet untuk menjual tangkapan mereka seperti ketam, mantis dan lain - lain lagi.  Mereka akan datang pada waktu tengahari atau petang.  Harganya agak berpatutan dan kita boleh meminta pihak dapur Mabul Backpackers untuk tolong masakkan. Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang.. Sewaktu dalam perjalanan pulang ke Jeti Semporna, hujan sangat lebat di tengah laut.  Ia menyebabkan terjadinya ombak yang sangat besar dan Alhamdulillah abang bot sangat cekap mengendal