Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Aku dan Gajah

Yeah, ke Kuala Gandah kita!! Memang disyorkan untuk sesiapa yang ingin mengenal spesies haiwan yang terancam ini iaitu gajah. Walaupun gajah ni haiwan yang besar tapi jatuh hati jugalah dengan keletah diaorang yang comel tu. Tempat ni takdelah jauh sangat dengan KL, lebih kurang satu jam lebih atau dua jam sahaja.  Yang bagusnya pergi pagi-pagi, masuk ke Deerland dulu yang terletak berhampiran sahaja dengan Pusat Konservasi ni disebabkan pada waktu petang baru kita boleh melihat pertunjukan gajah dan acara mandi gajah. Kitaorang memang tak melepaskan peluang untuk mandikan gajah. Tapi rasanya pelatih-pelatih gajah nie bukannya mandikan gajah tapi mandikan kitaorang. Aishh..Paling membanggakan kitaorang sahaja kumpulan pelancong dari Malaysia yang mandikan gajah, kumpulan yang lain semua mat dan minah saleh. I guess Malaysian people don't like this kind of activity. We had so much fun even though we smelled like an elephant.