Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

CATATAN KL- PENANG - KRABI: FIRST DAY (19/9/2013 - 24/9/2013)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.  Kembara kali ini ke bumi Allah yang bernama Krabi, Thailand.    HARI PERTAMA Kembara ini bermula dengan penerbangan kami ke Penang dari Subang Airport menaiki Malindo Air pada pukul 7.45 malam dan sampai pada pukul 8.50 malam.  Tiket penerbangan kami ke Penang berharga RM 58 untuk penerbangan dua hala.  Ini adalah pertama kali  saya menaiki Malindo, alhamdulillah semuanya ok cuma ada pula yang melatah semasa kapal terbang hendak mendarat. Huhuhu..anak siapalah tu... Subang Skypark... Sampai di Penang International Airport, kami dijemput oleh kawan kami, penang mali dan dibawa ke sebuah restoran yang terkenal iaitu Key's Char Kuey Teow di Bandar Perda, Bukit Mertajam.  Char Kuey Teow nya boleh tahan sedap tapi sikit.  Saya pula makan laksanya yang memang terbaik sebab susah saya nak jumpa laksa yang sedap di Shah Alam.  Chef kat sini siap minta nombor telefon Wan lagi. Aiyooo.. Diz pic credit to google